Tag Archives: simvastatin

Adakah Lipitor boleh diambil pada waktu pagi?

Soalan:

Seorang anak kepada pesakit bertanya. Ibunya diberikan ubat kolesterol, yang dikenali sebagai Lipitor. Dos yang diarahkan oleh doktor ialah perlu diambil pada waktu malam. 

Masalahnya, ibunya juga di diagnosis sebagai dementia. Amat bahaya untuk membiarkan ibunya seorang diri makan ubat ini. Takut dia terlupa, dah makan ubat, terambil double dose pula nanti. 

 Anak pesakit ini hanya boleh menjenguk ibunya pada waktu pagi sahaja. Pada waktu ini, bolehlah dia monitor ibunya makan ubat.

Jadi, bolehkah Lipitor dimakan pada waktu pagi, bukannya malam?

Jawapan:

Lipitor adalah brand name kepada Atorvastatin. Syarikat yang mengeluarkannya ialah Pfizer. Berdasarkan product insert ini, tiada masalah untuk mengambil ubat ini pada waktu pagi.

Generasi awal statin lah yang terkesan dengan waktu pengambilan ubat ini sebenarnya. 

Contohnya, simvastatin. Brand name nya ialah Zocor. Keluaran syarikat Merck.

Dalam product leaflet nya ada disebutkan tentang ini.

Antara sebabnya, penghasilan kolesterol LDL dalam badan lebih banyak pada waktu malam. 

Jadi, Zocor lebih berkesan pengambilannya pada waktu malam, berbanding pada waktu pagi. 

Namun, Lipitor tidak terkesan dengan waktu pengambilan ini. Mungkin kerana half-life nya yang lebih panjang.

Ada dilaporkan dalam satu kajian Randomized Controlled Trial seperti dalam journal di bawah.

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC214096/

Ubat Kolesterol Ini Buat Saya Rasa Penat

Ubat yang diakhiri dengan perkataan “STATINS” merupakan ubat untuk menurunkan kolesterol dalam darah.

Pernah terfikir tak macam mana ubat Statins yang kecil tu boleh bertindak mengawal paras kolesterol dalam darah anda?

Ada satu jalan yang diberi nama Mevalonate pathway. Melalui jalan ini, Statins akan bertindak dengan menghalang enzim HMG-CoA reductase yang diperlukan di dalam penghasilan kolesterol.

Mevalonate ni secara normal nya akan melalui beberapa transformasi biokimia untuk menghasilkan kolesterol dan ubiquinone.

Merujuk gambar, bila statins pangkah HMG-CoA reductase, HMG-CoA tak boleh bertukar kepada mevalonate, dan seterusnya menghalang penghasilan kolesterol dan Coenzyme Q10 (CoQ10).

statins-pathway
Sumber : Google images

Ada kedengaran pesakit yang menggunakan ubat ini sama ada Simvastatin mahupun Atorvastatin mengadu akan keletihan dan sakit-sakit otot. Apakah puncanya?

Penggunaan statins secara tidak langsung turut menyebabkan kekurangan CoQ10 dalam badan kita.

Apa itu CoQ10?

CoQ10 dijumpai oleh Dr. Fred Crane pada tahun 1957.

CoQ10 dihasilkan secara semulajadi dalam badan manusia. CoQ10 adalah bahan yang membantu menukarkan makanan kepada tenaga.

Kiranya, CoQ10 ni terdapat dalam hampir seluruh sel dalam badan kita.

Jika kita rujuk gambar yang agak kompleks ni, kat situ tugas CoQ10 dalam membantu penghasilan tenaga.

coq10_and_statins_3
a) sel mitokondria (rumah tenaga bagi sel) b) laluan kompleks penghasilan tenaga dalam sel c) struktur kimia CoQ10 Sumber: Google images

Oleh kerana CoQ10 berada dalam jalan yang sama dengan penghasilan kolesterol, maka apabila statins menghalang penghasilan kolesterol, penghasilan CoQ10 turut terjejas.

Jadi, pesakit akan mudah mendapat kesan sampingan statins seperti penat dan juga sakit-sakit otot.

Satu kajian “double-blind randomized study” telah dijalankan terhadap pesakit yang menggunakan statins dan kajian tersebut telah menunjukkan penggunaan enzim CoQ10 memperbaik kesan sampingan statins.

Anda boleh muat turun kajian tersebut secara percuma di sini.

screenshot-2016-09-25-19-18-10
Kekurangan enzim CoQ10 mungkin mengganggu metabolisma tenaga otot dan seterusnya menyebabkan sakit-sakit otot.
screenshot-2016-09-25-19-18-50
Kajian menunjukkan CoQ10 memberi manfaat kepada pesakit yang menggunakan statins.

CoQ10 ini juga merupakan antioksida yang agak kuat ya, maka ia dapat meneutralkan radikal bebas dari merosakkan sel-sel dalam badan.

Makan CoQ10 awet muda?

Boleh juga dikatakan begitu, kerana sifat antioksidanya yang agak kuat, CoQ10 dapat melambatkan proses penuaan. Wah, 2 dalam 1 gitu.

Processed with VSCOcam with f2 preset
Sumber: Google images

Artikel ini bukanlah ingin mempromosi mana-mana produk kesihatan. Artikel ini ditulis untuk perkongsian ilmu bersama.

Kerana farmasi bukan lagi satu rahsia!

Till we meet again.

Sumber rujukan:

Caso, G., Kelly, P., McNurlan, M. A., & Lawson, W. E. (2007). Effect of coenzyme q10 on myopathic symptoms in patients treated with statins. The American journal of cardiology, 99(10), 1409-1412.

CoQ10 and Statins

University of Maryland Medical Centre

UBAT KOLESTEROL (SIMVASTATIN) – RAMAI YANG TERLEPAS PANDANG TENTANG INI

Mungkin ramai yang biasa dengan ubat ni. Simvastatin atau adik-beradiknya yang lain, lovastatin, atorvastatin dan pravastatin. Semuanya dalam kategori yang sama, iaitu HMG CoA reductase inhibitors.

Nak mudah, ubat ni dikatakan untuk menurunkan kolesterol dalam darah. Atau ada juga orang kata untuk bakar lemak. Sebab targetnya untuk mengurangkan tahap kolesterol “jahat” dalam darah, atau nama lainnya, LDL (lipoprotein berketumpatan rendah).

Namun, ubat ini perlu dimakan setiap hari, walaupun tahap kolesterol dah menurun.

Misalnya, doktor dah cakap kena makan simvastatin ni setiap malam. Lepas sebulan ke, baru datang balik klinik. Ada appointment dengan doktor. Masa tu baru doktor buat keputusan tentang dos dan jenis ubat yang perlu diteruskan.

Tapi, mungkin lepas seminggu makan ubat, jaga diet, dan bersenam, tahap kolesterol turun balik. Pesakit terus berhenti makan ubat.

Inilah satu masalah besar.

Non-adherence atau non-compliance.

Tak patuh makan ubat yang macam doktor arahkan. Memang masalah ni adalah masalah yang sama kat serata dunia. Boleh lihat journal dalam gambar ni.

STATISTICS OF NON ADHERENCE TO STATIN THERAPY

Nak dekat separuh daripada pesakit yang perlu makan ubat statin ni, tapi tak patuh dengan arahan yang diberikan.

Dalam journal lain ni pulak, ada disenaraikan sebab-sebab tak patuh makan ubat statin ni.

FACTORS AFFECTING NON ADHERENCE TO STATIN

CATEGORIES OF FACTORS FOR STATIN NON ADHERENCE

Apa yang RahsiaFarmasi.com nak tekankan di sini, ialah tentang knowledge atau understanding.

Kebanyakan orang yang tak patuh makan ubat ni sebab tak de ilmu. Bukan ubat statin je. Tapi ubat-ubat lain pun sama.

Berbalik kepada fungsi ubat statin ni.

Kalau diberitahu untuk turunkan kolesterol je, pesakit akan buat endah tak endah je. Ye lah, apa kesannya kalau kolesterol dah turun? Kolesterol tinggi pun ada rasa sakit kat mana2 ke?

Jom kita tengok satu journal ni, tentang satu statement yang biasa kita terlepas pandang.

STATIN FOR PRIMARY PREVENTION

Ya, tujuan statin yang utama ialah untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

Dengan mengurangkan kolesterol, penyakit jantung dapat dicegah. Tapi, pesakit selalunya kurang alert dengan kaitan antara keduanya ni. Kadang-kadang diorang nak cepat, tak berapa dengar pasal point penting ni.

Tambah lagi, rata-rata mereka dah berusia. Susah nak ingat kalau terang panjang2.

Jadi make it sweet and simple:

“Simvastatin ialah ubat untuk mencegah penyakit jantung.“

STATIN INDICATION

Link rujukan:

  1. http://www.malaysianpharma.com/index.php/s/163-simvastatin-zocor.html
  2. http://jama.jamanetwork.com/article.aspx?articleid=1785551
  3. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2503662/
  4. http://www.pharmaceutical-journal.com/research/review-article/primary-prevention-of-cardiovascular-disease-with-statins-assessing-the-evidence-base-behind-clinical-guidance/20200568.article