‘Banyaknya ubat yang makcik nak kena makan, macam mana nak bawak semua ni masa buat haji nanti ?’
.
‘Insulin ni nak kena simpan dalam peti, mcm mana pulak nak bawak ni ?’
.
‘alamak, ubat warna kuning ni ubat apa ? dah bercampur semua, mana satu ubat kencing manis, darah tinggi ?’
.
Itu adalah antara contoh contoh permasalahan yang dihadapi oleh jemaah haji, berkaitan dengan pengurusan ubat ubatan.
Menurut Encik Mohd Dziehan Mustapa, Ahli Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM dalam keratan akhbar Harian Metro bertarikh 7 ogos 2016, beberapa isu yang diketengahkan dihadapi oleh jemaah haji/umrah, antaranya adalah :
1. Terlupa membawa bekalan ubat-ubatan atau membawa bekalan ubat-ubatan yang tidak mencukupi untuk rawatan penyakit kronik.
2. Bekalan ubat-ubatan yang dibawa terlalu banyak (bawa semua ubat yang ada di rumah).
3. Ubat-ubatan yang dibawa bercampur dalam satu bekas simpanan sehingga menimbulkan kekeliruan sebab bentuk dan warna ubat hampir sama.
Contoh ubat yang bercampur
4. Tidak bawa bekalan insulin yang mencukupi atau tertinggal pen insulin.
5. Bawa bekalan insulin, namun cara penjagaannya dalam suhu sejuk tidak dilakukan.
6. Ambil ubat-ubatan moden dan tradisional bersama-sama. Ada juga produk tradisional yang dibawa bersama-sama telah dikenalpasti mengandungi bahan terlarang seperti steroid.
7. Membawa ubat-ubatan tetapi label ubat pada kotak atau sampul plastik ubat sudah tidak jelas dan tidak boleh dibaca.
8. Masih mengambil dan bawa ubat-ubatan yang telah dihentikan oleh doktor.
————————————————————————————-
Jadi, apakah solusi terbaik dalam menyelesaikan permasalahan di atas ?
Dalam keratan akhbar yang sama, bertarikh 7 Ogos 2016, hasil tulisan Encik Mohd Dziehan Mustapa( Ahli Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM ) turut menjelaskan panduan untuk para jemaah.
Dengan cara ini :
- Pegawai farmasi akan memastikan bekalan ubat-ubatan dalam kuantiti yang cukup dan mempunyai label yang jelas dan rapi, termasuk jenis ubat, dan waktu pengambilan ubat.
Contoh ubat dengan label yang jelas
Sumber gambar : hadifhadifah.blogspot.com
- Selain daripada itu pegawai farmasi juga dapat melakukan semakan ke atas semua ubat-ubatan agar dapat memastikan ubat-ubatan untuk rawatan terkini sahaja dibawa dan meninggalkan ubat-ubatan yang telah diberhentikan.
- Informasi berkaitan ubat-ubatan terkini yang dipreskripsikan untuk tujuan rawatan adalah penting jika berlaku situasi kecemasan. Oleh itu para jemaah haji dinasihatkan agar membuat salinan preskripsi dan meletakkan ke dalam buku rekod perubatan haji. Justeru, petugas jemaah haji boleh merujuk buku rekod ini sekiranya diperlukan.
Selain itu, KKM juga turut menggariskan beberapa panduan untuk para jemaah haji, dalam memastikan pengambilan ubat yang betul semasa menunaikan ibadah di sana.
Sumber : FB page, Kementerian Kesihatan Malaysia
Kesimpulannya, dalam menunaikan ibadah, perlunya kita cakna tentang pengurusan ubat yang biasa kita ambil. Hal ini dapat memastikan kita dapat melaksanakan ibadah dalam keadaan yang sihat dan baik.
Semestinya kita tidak mahu, kita jatuh sakit, contohnya, diserang hyperglycemia (tekanan gula tinggi dalam darah) bagi pesakit kencing manis, mengakibatkan kita tidak boleh beribadah secara optimum di sana.
Moga Allah permudahkan semua urusan jemaah haji/umrah di Tanah Suci, dengan memberikan kesihatan yang baik, dengan syarat kita terlebih dahulu berikhtiar semampu mungkin untuk mengambil ubat ubat mengikut cara yang sepatutnya 🙂
Rujukan :