Tag Archives: Loratadine

3 Fakta Penting Tentang Ubat Selsema Untuk Orang Awam Tahu

Fakta tentang ubat selsema ini sesuai dibaca oleh orang awam yang tiada ilmu tentang farmasi. Pemahaman yang jelas amat perlu untuk mendapatkan rawatan yang tepat.

****************************************

Setiap kali selsema, pasti rasa tak selesa. Kemudian, kita akan pergi ke klinik untuk medapatkan rawatan. Kebanyakan doktor akan melihat maklumat peribadi kita melalui borang yang telah diisi. Kadang-kadang, doktor akan bertanya beberapa soalan untuk memastikan kriteria yang betul untuk ubat yang akan diberikan.

Berbeza pula halnya apabila anda pergi ke kedai farmasi (kini dikenali sebagai farmasi komuniti). Tiada borang pendaftaran seperti di klinik. Jadi, ahli farmasi akan bertanya beberapa soalan sebelum memberikan ubat yang sesuai. Kali ini RahsiaFarmasi.com ingin berkongsi berkenaan maklumat penting ini.

Dalam situasi selsema, antara soalan yang paling biasa ditanya ialah berdasarkan 3 fakta di bawah:

  1. Dewasa atau kanak-kanak

– ubat selsema untuk dewasa dan kanak-kanak berbeza dari segi jenis dan dos

– untuk dewasa, biasanya dalam bentuk tablet, untuk kanak-kanak dalam bentuk sirap

– untuk dewasa, dos biasanya sama untuk semua peringkat umur dan berat badan

– untuk kanak-kanak, dos ditentukan oleh umur dan berat badan

syrup-image

  1. Mengantuk atau tak mengantuk

– ubat selsema ada jenis mengantuk dan tak mengantuk

– di klinik, biasanya doktor akan jangkakan pesakit nak ubat yang tak mengantuk, untuk mudah buat kerja

– tapi, kadang-kadang ubat yang tak mengantuk tak berkesan kepada sesetengah orang

– jadi, boleh juga pergi balik klinik tersebut, atau ke farmasi komuniti, untuk cuba pula ubat yang mengantuk

– dos ubat yang mengantuk dan tak mengantuk adalah berbeza

– contoh ubat selsema yang tak mengantuk ialah loratadine

loratadine-image

  1. Hingus mengalir atau hidung tersumbat

– ada juga jenis ubat selsema specifik untuk yang hingus mengalir atau hidung tersumbat

– untuk hingus mengalir dan mengantuk, contohnya ialah piriton, yang mengandungi bahan aktif chlorpheniramine di dalamnya

– untuk hidung tersumbat dan mengantuk, contohnya ialah actified, yang mengandungi bahan aktif Triprolidine dan Pseudoephedrine

– untuk Actifed, pelanggan yang ingin membelinya di farmasi komuniti, perlu tulis butiran peribadi dalam sejenis buku rekod, berdasarkan akta yang telah ditetapkan

piriton-image

actifed-image

Setakat ini sahaja fakta ringkas yang penting untuk orang awam tahu. Selain ubat, tak dinafikan vitamin yang cukup akan membantu dalam penyembuhan selsema juga. Supplement vitamin C misalnya, sesuai diambil bersama-sama ubat. Makan banyak buah-buahan dan minum air yang cukup juga membantu.

Kesimpulan

Apa yang penting, bincanglah dengan doktor atau ahli farmasi anda, untuk sebarang rawatan yang dipilih.

*******************************************