Tag Archives: Insulin

KENAPA UBAT KENCING MANIS PERLU DIMAKAN SEPANJANG HAYAT?

prevalence-of-diabetes

Kencing manis, atau diabetes mellitus adalah penyakit yang semakin banyak di negara kita. Antara puncanya ialah keturunan dan persekitaran. Makan makanan yang terlampau manis pun, lama-lama boleh dapat diabetes.

Sebab?

Diabetes boleh jadi sama ada sebab insulin tak dapat dihasilkan badan ataupun insulin dalam badan dihasilkan, tapi tak berfungsi dengan baik. Kalau banyak sangat makan dan minum manis, insulin terpaksa bekerja dengan lebih keras. Lama-lama insulin pun tak boleh berfungsi dengan baik.

Cuba tengok gambar ni untuk dapat lebih kefahaman tentang ini.

stock-vector-main-types-of-diabetes-mellitus-either-the-pancreas-not-producing-enough-insulin-or-the-cells

Sekali doktor dah tetapkan ubat apa yang perlu dimakan, pesakit kencing manis perlu ikut arahan doktor ni. Namun, masalah ketidakpatuhan ubat, adalah satu perkara yang serius.

Kenapa kena makan ubat?

Sebab dalam badan pesakit ni memang tak boleh hasilkan insulin ataupun insulin tu tak berfungsi dengan baik dah. Jadi, ubat membantu membekalkan insulin ataupun memperbaiki fungsi insulin dalam badan tu sendiri.

Ramai ke yang tak makan ubat?

Lebih separuh pesakit kencing manis tak patuh makan ubat. Bukan kat Malaysia je. Tapi seluruh dunia ada masalah yang sama.

Apa kesannya?

Kesan jangka panjang ialah akan menyebabkan organ lain dalam badan rosak. Contohnya, mata, kaki, buah pinggang, saraf dan jantung. Lebih membahayakan boleh menyebabkan kematian, misalnya disebabkan oleh stroke. Cuba lihat lagi gambar di bawah ni.

Diabetes complications affected organs. Diabetes affects nerves, kidneys, eyes, vessels, heart, brain and skin. Round info graphic.
Diabetes complications affected organs. Diabetes affects nerves, kidneys, eyes, vessels, heart, brain and skin. Round info graphic.

Jadi, pilih antara dua, nak terus makan ubat ikut arahan doktor, ataupun nak komplikasi macam gambar kat atas ni?

p/s: RahsiaFarmasi.com mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha, dengan ucapan, kawal makanan anda, kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman =)

Link rujukan:

  1. http://whatisdiabetes.perso.sfr.fr/Diabetes_Site/Epidemiology_of_Diabetes.html
  2. http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/dme.12651/epdf
  3. http://www.shutterstock.com/pic-273644213/stock-vector-main-types-of-diabetes-mellitus-either-the-pancreas-not-producing-enough-insulin-or-the-cells-of.html
  4. http://dyingandgrief.com/diabetes-complications