Tag Archives: Iklan ubat

Kenapa Iklan Daun Rerama ini Menyalahi Akta?

Inilah obat (ubat) hai sungguh istimewa
Kalau salah sapu bangun pagi hilang nyawa
Obat batuk kering batuk basah demam selsema

Mari beli obat ini
Gerenti puas hati

Hai obat, hai obat, mari beli obat
Kalaulah terlambat tak dapat

(Petikan lirik Obat dari filem Do Re Mi)

Pasti anda teringat adegan Do, Re dan Mi menyanyikan lagu ini ketika mempromosikan ubat yang mereka jual. Lagu mereka ini menarik minat penonton untuk mendengar dengan lebih lanjut tentang produk mereka. Mereka dikelilingi penonton yang ramai ketika itu.

Peredaran zaman, sosial media kini turut menjadi platform untuk peniaga mengiklankan produk mereka. Hanya dengan klik “Post”, iklan anda tersebar ke seluruh pelusuk dunia.

Adakah anda pernah membaca iklan ini di newsfeed anda?

IMG-20160730-WA0002 IMG-20160730-WA0000

Iklan di sosial media
Iklan di sosial media

Lepas baca, mesti rasa AJAIBNYA produk ni! Semua pun boleh. Kanser pun boleh haa, mesti beli ni untuk keluarga di kampung ni. Tapi, tunggu dahulu. Iklan ini mendatangkan beberapa kemusykilan. Suka RahsiaFarmasi.com kongsikan kepada anda disini tentang beberapa kesalahan iklan produk ini.

Produk boleh diiklankan sebagai makluman untuk bakal pembeli.  Walaubagaimanapun, iklan tersebut haruslah mengikuti cara yang betul.

Untuk makluman, negara kita mempunyai akta atau undang-undang khas untuk iklan ubat iaitu Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956.

Apakah yang dimaksudkan dengan iklan?

“Iklan termasuklah sebarang notis , laporan, risalah , label , ulasan, pembalut atau dokumen lain dan sebarang pengumuman yang dibuat secara lisan atau dengan sebarang cara bagi mewujudkan atau memancarkan cahaya atau bunyi. (Seksyen 2 Akta Ubat Iklan dan Penjualan).”

Maknanya, iklan seperti dalam tv, radio, internet, iklan bertampal di dinding, testimoni pengguna. Termasuklah yang disiarkan melalui sosial media seperti contoh di atas.

Iklan yang menarik dapat menawan hati pembacanya. Sumber: Google Images (https://cheepsfromhmm.com/tag/burts-bees-ad/)
Iklan yang menarik dapat menawan hati pembacanya.
Sumber: Google Images (https://cheepsfromhmm.com/tag/burts-bees-ad/)

Jadi apa kesalahan iklan ini?

Kesalahan dalam iklan rerama ini.
Kesalahan dalam iklan rerama ini.

 

  • Mengiklankan produk  ini boleh mengubati penyakit tertentu yg dilarang dalam akta.

Menurut Akta Ubat Iklan dan Penjualan, seksyen (3)(1)(a);

Iklan TIDAK BOLEH mengandungi apa-apa tuntutan sama ada secara langsung atau tidak langsung, yang merujuk:

a) Mencegah, mengurang,
menyembuh atau diagnosis
penyakit dan keadaan seperti yang
tersenarai di bawah:
1. Penyakit atau kecacatan
buah pinggang
2. Penyakit atau kecacatan
jantung
3. Diabetes (Kencing manis)
4. Epilepsi atau sawan
5. Kelumpuhan
6. Tuberkulosis
7. Asma
8. Kusta
9. Kanser
10. Kepekakan
11. Ketagihan dadah
12. Hernia atau ruptur
13. Penyakit mata
14. Hipertensi (Darah tinggi)
15. Mental
16. Kemandulan
17. Frigidity
18. Gangguan fungsi seksual
atau impotensi
19. Penyakit venereal
20. Debiliti saraf, atau aduan
atau keuzuran lain, yang berbangkit daripada
atau berhubung dengan
hubungan seks.

Kesalahan iklan rerama.
Kesalahan iklan rerama.

 

  • Tajuk iklan ini adalah testimoni. Tetapi tidak ada pernyataan “Kesan produk ini mungkin berbeza antara individu”.
Screenshot 2016-08-11 23.14.16
Sumber: Garis Panduan Pengiklanan Ubat & Produk Perubatan kepada Orang Awam

Testimoni adalah kenyataan daripada pengguna tentang keberkesanan ubat. Kebiasaannya adalah untuk memancing pengguna. Namun, testimoni bukanlah sesuatu yang reliable untuk kita pegang. Ada juga testimoni yang ditokok tambah.

Pernah kah anda melihat ubat hospital untuk kencing manis, contohnya Metformin membuat tuntutan boleh mengubat 1001 penyakit selain kencing manis?? Tidak bukan. Ini kerana, untuk mengesan keberkesanan ubat, dan juga bagi memastikan ubat ini selamat untuk dimakan, ujikaji klinikal harus dijalankan.

  • Tidak mempunyai kelulusan Lembaga Iklan Ubat (LIU) sejurus itu, nombor KKLIU tidak dinyatakan dalam iklan.

No. KKLIU kebiasaannya akan diberikan kepada iklan yang diluluskan. Jika anda lihat iklan Gaviscon, Ubat Batuk Cap Ibu & Anak, Strepsils di kaca TV, di bawah nya ada tulisan kecil sahaja, nombor K.K.L.I.U.

Screenshot 2016-08-11 23.13.34
Sumber: Garis Panduan Pengiklanan Ubat & Produk Perubatan kepada Orang Awam

 

  • Iklan ini membayangkan penyembuhan penyakit.

“Ramai yang telah sembuh…”.

Iklan ini memberi bayangan kepada pengguna daun rerama ini boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. Tambahan juga, tiada maklumat sahih mengenainya.

Screenshot 2016-08-11 23.15.27
Sumber: Garis Panduan Pengiklanan Ubat & Produk Perubatan kepada Orang Awam

 

  • Menggalakkan pengguna meninggalkan perubatan utama.

Iklan ini menyatakan bahawa jika daun rerama ini diambil, pesakit kanser boleh meninggalkan rawatan kemoterapi dan ubat. Sedangkan, kemoterapi adalah antara rawatan utama bagi penyakit kanser.

Pesakit kanser yang meninggalkannya akan menghadapi risiko yang tinggi untuk sel kanser nya merebak dengan lebih cepat!

Screenshot 2016-08-11 23.15.12
Sumber: Garis Panduan Pengiklanan Ubat & Produk Perubatan kepada Orang Awam

 

  • Iklan ini meletakkan bukti saintifik. Namun…

Seperti yang kita lihat di atas, pengiklan meletakkan hyperlink kajian yang dilakukan oleh UPM mengenai daun rerama. Tapi, mereka tidak mengulas dengan lebih lanjut untuk difahami oleh pembaca.

Screenshot 2016-08-11 23.12.43
Sumber: Garis Panduan Pengiklanan Ubat & Produk Perubatan kepada Orang Awam
Screenshot 2016-08-11 23.13.14
Sumber: Garis Panduan Pengiklanan Ubat & Produk Perubatan kepada Orang Awam
Screenshot 2016-08-11 23.14.33
Sumber: Garis Panduan Pengiklanan Ubat & Produk Perubatan kepada Orang Awam

Tuntutan produknya pula melebihi kajian saintifik. Menurut Dr. Latifah, mereka masih menjalankan kajian di peringkat makmal ataupun In-vivo studies dan kajian mereka belum pun tamat.

Walaubagaimanapun, masih awal untuk kita membuat kesimpulan sehinggalah kajian ke atas manusia dilakukan.

Menurutnya lagi, UPM tidak bertanggungjawab ke atas tuntutan perubatan yang dibuat oleh pengusaha produk tentang penyembuhan banyak penyakit.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh baca di sini.

  • Produk ini menyatakan “diperakui oleh pakar-pakar moden”.

Timbul persoalan di sini, siapakah pakar-pakar itu ya?

***********************************************************

Iklan haruslah digunakan dengan betul untuk mengelak masalah yang serius.

Untuk pembaca sekalian, buatlah pilihan dengan lebih bijak, dan rujuklah kepada ahli farmasi dan pakar perubatan untuk sebarang kemusykilan sebelum anda membuat pilihan.

***********************************************************

Anda boleh juga membaca artikel kami mengenai Daun rerama dan penawar kanser.

Sumber rujukan:

# Penyelidikan UPM

# Garis panduan pengiklanan ubat dan produk perubatan kepada orang awam

# Medicine (Advertisement and Sale) Act 1956 (Revised – 1983)