Tag Archives: Bipolar Disorder

Lithium ialah ubat untuk Bipolar Disorder. Bolehkah orang sihat ambil lithium sebagai suplemen harian?

Bipolar disorder ialah penyakit mental yang berkaitan dengan mood

Bipolar bermaksud ada 2 jenis mood dalam diri seseorang, iaitu sama ada extreme positif atau extreme negatif.  Pertamanya, mood yang positif dan baik teramat sangat, sehingga boleh melakukan apa sahaja tanpa mengira batasan, contohnya membuat pelaburan perniagaan yang gila-gila, sehingga boleh menjadikannya bankrap. Keduanya, pesakit juga boleh mempunyai mood negatif teramat sangat yang membawa kepada  kemurungan sehingga boleh membawa kepada bunuh diri.

Lithium sebagai first line treatment of bipolar disorder

Pesakit bipolar disorder ada kaitan dengan ketidakstabilan neurotransmitter dalam otak. Jadi, ada ubat yang sesuai bagi mereka. Berdasarkan Clinical Practice Guideline (CPG) untuk bipolar disorder, yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), lithium dikategorikan sebagai first line treatment.

cpg-bipolar-disorder

monitor-regularly

Mitos tentang lithium

Namun, di negara barat, ada orang yang mengambil ubat lithium sebagai suplemen harian mereka. Boleh tengok lagi video ni.

lithium-myths

Diorang ambil lithium ni sama macam ambil vitamin harian je. Setakat ni, kami masih belum jumpa rakyat Malaysia yang buat macam ni.

Harap-harap tak ada lah yang terpengaruh. Takut juga jadi macam suntikan vitamin C tu, KKM tak pernah bagi kelulusan untuk sebarang produk suntikan vitamin C, tapi rakyat Malaysia yang kreatif, ambil juga untuk kekal cantik katanya. Jadi, RahsiaFarmasi.com ingin mengulas lanjut tentang sebab lithium tidak boleh diambil macam tu sahaja oleh orang biasa, tanpa preskripsi daripada doktor.

Narrow therapeutic drug

Antara sebab utama ialah lithium tergolong dalam kategori ubat yang mempunyai indeks therapeutik yang sempit (narrow therapeutic index drug). Maksudnya, sedikit sahaja dos berubah daripada yang sepatutnya, akan menyebabkan kesan toksik atau tidak berkesan langsung dalam mengubati penyakit tersebut.

Setiap orang bertindak berbeza dengan ubat yang ada narrow therapeutic index ni, bergantung kepada genetik. Ada satu bidang kajian ilmu farmasi ni yang dinamakan dengan farmakogenetik.

Jadi, lithium ni hanya sesuai diambil apabila telah ditetapkan oleh doktor. Sebab kalau doktor yang bagi, pemantauan dapat dibuat dengan sistematik.

Sumber: http://www.fda.gov/ForIndustry/UserFees/GenericDrugUserFees/ucm500577.htm
Sumber: http://www.fda.gov/ForIndustry/UserFees/GenericDrugUserFees/ucm500577.htm

therapeutic-window

Therapeutic Drug Monitoring

Sample darah selepas makan ubat ini akan diambil dan dianalisa, untuk dilihat kepekatan ubat tersebut dalam darah. Kemudian, dos akan diubah berdasarkan keputusan kepekatan ubat dalam darah tersebut.

Servis yang diberikan oleh jabatan farmasi hospital kerajaan ini dinamakan sebagai Therapeutic Drug Monitoring (TDM). Ada juga orang memanggilnya sebagai servis farmakokinetik, kerana berkaitan dengan apa yang dilakukan oleh badan terhadap ubat tersebut.

Gambar di bawah ini pula ialah satu contoh journal yang berkaitan dengan pengalaman hospital di India dalam TDM lithium.

Sumber: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19262359
Sumber: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19262359

Kesan ambil lithium tanpa pemantauan

Jadi, cuba kita fikirkan. Kalau orang biasa pandai-pandai ambil sendiri lithium ni tanpa pemantauan doktor, macam mana nak buat TDM? Tiba-tiba nanti terus dapat symptom of lithium toxicity, macam lemah otot, loya, muntah, cirit-birit, mengantuk, penglihatan kabur dan berdengung telinga.

Macam mana kalau orang yang dapat symptom ni tak perasan, dia terus je buat kerja menggunakan mesin dan kenderaan? Kebarangkalian yang besar untuk dapat kemalangan dan menyebabkan maut pula.

Lagi bahaya, overdose lithium ni pun boleh bagi kesan kepada jantung. Boleh baca lagi lanjut di sini.

medscape-lithium

Kesimpulan

Jadi, mari kita ambil ubat ikut cakap doktor. Bukan ambil sendiri-sendiri je, tengok google dan youtube. Islam pun mengajar kita untuk bertanya sesuatu kepada yang pakar. Bidang perubatan ni dah ada kajian saintifik yang sistematik untuk dijadikan sebagai rujukan.