Tag Archives: Bahan Terlarang

Kenapa ‘caffeine’ dikira sebagai bahan terlarang?

Baru-baru ni, kecoh di media sosial.

Tentang senarai produk yang mengandungi bahan terlarang. Ada yang bertanya di WhatsApp dan Facebook. Tak kurang juga yang membuat spekulasi.

Ramai yang nak tau, adakah benar senarai ini?

Lantas, kami dari team RahsiaFarmasi.com mengambil inisiatif untuk mengkaji isu ini daripada sumber yang dipercayai.

Sebenarnya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) telah mengeluarkan senarai tersebut.

Terdiri daripada produk-produk yang mengandungi bahan terlarang. Maklumat adalah hasil daripada Pelaporan Kesan Sampingan Ubat.

Senarai penuh boleh lihat di sini.

Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, NPRA telah menerima laporan kesan sampingan berkaitan 162 produk yang tersenarai dan hasil ujian yang telah dijalankan mendapati bahawa produk-produk ini telah dicampur dengan bahan terlarang atau racun berjadual.

Siapa NPRA?

Selalunya kita tahu NPRA ni agensi dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang ditubuhkan untuk urusan pendaftaran ubat, produk kesihatan dan juga kosmetik.

Tapi sebenarnya NPRA juga bertanggungjawab untuk menguruskan Pemonitoran Kesan Advers Ubat, atau bahasa mudahnya, kesan sampingan ubat.

Turut tersenarai 7 produk yang mengandungi ‘caffeine’ sebagai bahan terlarang.

Picture3

Picture1

Picture2

Timbul persoalan…

‘Eh, student selalu minum nescafe yang ada caffeine tu nak stay up malam-malam ok ja’

‘Caffeine ni yang ada dalam kopi tu kan? Bukan ke orang kalau nak drive malam ada yang kena minum kopi/nescafe dulu baru segar bugar’

Biasa kita tahu caffeine ni orang duk minum kan.

Ni tetiba keluar produk ada caffeine kena tarik balik.

Dalam kebanyakan daripada produk ni merupakan produk pelangsingan badan.

Kenapa ya?

question-mark

 

Jawapan kepada “Kenapa caffeine dikira sebagai bahan terlarang?”

Sebenarnya, caffeine sebagai bahan larangan yang disebutkan ni ialah melibatkan produk tradisional.

Jika rujuk Control of Drugs and Cosmetics Regulations 1984 (Regulations 7A), caffeine ni antara yang tersenarai sebagai bahan terlarang dalam ubat tradisional.

706b5c55-9e0b-4203-af65-c60fbb3b1169

56eec90d-6a42-4e06-935e-2457737ad948

Manakala dalam produk farmaseutikal (ubat) pula, caffeine hanya dibenarkan dalam produk apabila dikombinasi bersama paracetamol/acetaminophen atau ergotamine dalam dos yang dibenarkan sahaja.

Paracetamol and caffeine 1

Paracetamol and caffeine 2

Paracetamol and caffeine 3

Banyak lagi persoalan yang timbul

  • Apa itu caffeine?
  • Kenapa caffeine terdapat juga dalam produk kuruskan badan?
  • Dan atlet jugak mengambil caffeine untuk tingkatkan performance?

Caffeine yang bertindak sebagai perangsang (stimulant) akan merangsang sistem saraf tunjang (central nervous system).

Secara umumnya, caffeine dikaitkan dengan penurunan berat badan kerana caffeine dipercayai dapat meningkatkan metabolisma  badan, seterusnya dapat membantu dalam pembakaran kalori yang lebih rancak daripada kadar normal.

Caffeine yang bertindak sebagai perangsang (stimulant) akan merangsang sistem saraf tunjang supaya jantung berfungsi lebih laju, seterusnya meningkatkan kadar metabolisma.

Bagi para atlet, caffeine mampu berfungsi untuk meningkatkan ‘mood’ dan tahap kesedaran (alertness).

alertness

 

Kesan sampingan caffeine?

Pengambilan caffeine akan menyebabkan kadar denyutan jantung laju, diuresis (peningkatan urinari) yang akan membawa pada dehidrasi, gelisah, gemuruh, loya dan masalah tidur.

2014-11-18-Side_Effects_Caffeine-thumb

Anxiety caffeine

Selain itu, pengambilan caffeine secara tidak terkawal juga akan memberi kesan “withdrawal” bila mana dos caffeine ingin dikurangkan atau dihentikan pengambilan produk tersebut.

withdrawal

Kesimpulan

Kesimpulannya, caffeine tidak dibenarkan dalam produk tradisional kerana dikhuatiri akan menyebabkan kesan yang buruk pada pengguna kerana dos yang tidak terkawal.

Produk minuman dan makanan berbeza daripada produk ubat. Oleh yang demikian, produk ini dikawal oleh pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).

Produk makanan dan minuman tidak perlu berdaftar dengan KKM manakala produk ubat pula wajib berdaftar dengan KKM melalui NPRA.

Contoh kalau macam kopi, teh atau bahan minuman lain yang mengandungi caffeine. Kadar caffeine sudah ditetapkan mengikut piawaian.

Jika pembaca ingin tahu lebih lanjut, boleh rujuk di sini.


Take home message

Pengguna dinasihatkan untuk tidak mengambil 162 produk yang disenaraikan oleh pihak KKM ini. Sesiapa yang mempunyai stok produk-produk ini dinasihatkan untuk menghentikan penjualan dan  pengedarannya dengan serta-merta -NPRA-

Sekian dulu daripada team RahsiaFarmasi.com.

“Farmasi bukan lagi satu rahsia”

JIka anda rasa artikel ini bermanfaat, like FB page kami untuk tidak ketinggalan artikel yang seterusnya.

FB Page Rahsia Farmasi: 

https://www.facebook.com/rahsiafarmasi/

Rujukan: