Tag Archives: atorvastatin

Ubat Kolesterol Ini Buat Saya Rasa Penat

Ubat yang diakhiri dengan perkataan “STATINS” merupakan ubat untuk menurunkan kolesterol dalam darah.

Pernah terfikir tak macam mana ubat Statins yang kecil tu boleh bertindak mengawal paras kolesterol dalam darah anda?

Ada satu jalan yang diberi nama Mevalonate pathway. Melalui jalan ini, Statins akan bertindak dengan menghalang enzim HMG-CoA reductase yang diperlukan di dalam penghasilan kolesterol.

Mevalonate ni secara normal nya akan melalui beberapa transformasi biokimia untuk menghasilkan kolesterol dan ubiquinone.

Merujuk gambar, bila statins pangkah HMG-CoA reductase, HMG-CoA tak boleh bertukar kepada mevalonate, dan seterusnya menghalang penghasilan kolesterol dan Coenzyme Q10 (CoQ10).

statins-pathway
Sumber : Google images

Ada kedengaran pesakit yang menggunakan ubat ini sama ada Simvastatin mahupun Atorvastatin mengadu akan keletihan dan sakit-sakit otot. Apakah puncanya?

Penggunaan statins secara tidak langsung turut menyebabkan kekurangan CoQ10 dalam badan kita.

Apa itu CoQ10?

CoQ10 dijumpai oleh Dr. Fred Crane pada tahun 1957.

CoQ10 dihasilkan secara semulajadi dalam badan manusia. CoQ10 adalah bahan yang membantu menukarkan makanan kepada tenaga.

Kiranya, CoQ10 ni terdapat dalam hampir seluruh sel dalam badan kita.

Jika kita rujuk gambar yang agak kompleks ni, kat situ tugas CoQ10 dalam membantu penghasilan tenaga.

coq10_and_statins_3
a) sel mitokondria (rumah tenaga bagi sel) b) laluan kompleks penghasilan tenaga dalam sel c) struktur kimia CoQ10 Sumber: Google images

Oleh kerana CoQ10 berada dalam jalan yang sama dengan penghasilan kolesterol, maka apabila statins menghalang penghasilan kolesterol, penghasilan CoQ10 turut terjejas.

Jadi, pesakit akan mudah mendapat kesan sampingan statins seperti penat dan juga sakit-sakit otot.

Satu kajian “double-blind randomized study” telah dijalankan terhadap pesakit yang menggunakan statins dan kajian tersebut telah menunjukkan penggunaan enzim CoQ10 memperbaik kesan sampingan statins.

Anda boleh muat turun kajian tersebut secara percuma di sini.

screenshot-2016-09-25-19-18-10
Kekurangan enzim CoQ10 mungkin mengganggu metabolisma tenaga otot dan seterusnya menyebabkan sakit-sakit otot.
screenshot-2016-09-25-19-18-50
Kajian menunjukkan CoQ10 memberi manfaat kepada pesakit yang menggunakan statins.

CoQ10 ini juga merupakan antioksida yang agak kuat ya, maka ia dapat meneutralkan radikal bebas dari merosakkan sel-sel dalam badan.

Makan CoQ10 awet muda?

Boleh juga dikatakan begitu, kerana sifat antioksidanya yang agak kuat, CoQ10 dapat melambatkan proses penuaan. Wah, 2 dalam 1 gitu.

Processed with VSCOcam with f2 preset
Sumber: Google images

Artikel ini bukanlah ingin mempromosi mana-mana produk kesihatan. Artikel ini ditulis untuk perkongsian ilmu bersama.

Kerana farmasi bukan lagi satu rahsia!

Till we meet again.

Sumber rujukan:

Caso, G., Kelly, P., McNurlan, M. A., & Lawson, W. E. (2007). Effect of coenzyme q10 on myopathic symptoms in patients treated with statins. The American journal of cardiology, 99(10), 1409-1412.

CoQ10 and Statins

University of Maryland Medical Centre