Category Archives: Vaksin

Ringkasan untuk Pemvaksinan Difteria

Sumber gambar: http://www.sinarharian.com.my/nasional/difteria-pastikan-anak-dapat-imunisasi-1.535347
Sumber gambar: http://www.sinarharian.com.my/nasional/difteria-pastikan-anak-dapat-imunisasi-1.535347

Malaysia telah digembar-gemburkan dengan isu kemunculan semula penyakit difteria akibat peningkatan pergerakan antivaksin yang telah mengakibatkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun di Melaka dan seorang kanak-kanak lelaki 2 tahun di Kedah Jun lalu. Kedua-duanya dilaporkan tidak menerima vaksin yang selengkapnya bagi menentang penularan Difteria.

Berikutan isu ini, RahsiaFarmasi.com mengambil inisiatif untuk meringkaskan maklumat yang ada, berkaitan difteria.

Apakah itu Difteria?

Difteria adalah penyakit respirasi yang disebabkan oleh bakteria yang mengakibatkan salutan yang tebal (nanah) pada belakang tekak.

Apakah gejala-gejala Difteria?

1.Lemah badan

2.Sakit tekak

3.Demam yang ringan dan sederhana

4.Bengkak leher

Difteria boleh hadir dengan gejala di atas yang sangat tidak khusus pada peringkat awalnya dan boleh dianggap sebagai jangkitan kuman tekak yang biasa sekiranya tidak dipandang serius.Namun,jika komplikasi berlaku  boleh membawa kepada masalah pernafasan,lumpuh,jantung lemah bahkan kematian!

beza-tonsil-dan-difteria

Bagaimana ia boleh merebak?

Difteria boleh berjangkit di antara manusia melalui batuk dan selesema.

Apakah cara terbaik untuk mencegah Difteria?

Semua orang memerlukan perlindungan daripada difteria. Terdapat ribuan kes difteria di seluruh dunia setiap tahun. Difteria sangat biasa dalam kalangan kanak-kanak, remaja dan juga dewasa. Cara terbaik untuk mencegah difteria adalah dengan VAKSIN!

Di Amerika, puratanya lebih dari 175000 kes difteria sebelum vaksin diperkenalkan. Sejak vaksin diperkenalkan,kes difteria menurun sebanyak 99.9%.

Pemvaksinan di Malaysia telah dijadualkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia demi menjaga keselamatan penduduk Malaysia. Jadual pemvaksinan disediakan sebagai panduan yang perlu dipatuhi oleh ibu bapa dan doktor untuk mengelakkan penyakit yang lebih teruk berlaku.

Difteria-Penyakit berjangkit yang berbahaya
Keratan akhbar Utusan Malaysia 30 June 2016

Tiada kajian yang diakui tentang kesan vaksin yang boleh menyebabkan penyakit kronik atau autism. Malaysia memiliki program vaksin yang diwajibkan untuk kanak-kanak di bawah umur 15 tahun di sekolah-sekolah awam.

Bagaimanakah jadual imunisasi difteria di Malaysia?

Imunisasi vaksin di Malaysia selalunya diberikan serentak dengan imunisasi penyakit polio dan tetanus yang diberikan pada bayi berusia 2 bulan,3 bulan dan 5 bulan (keseluruhan 3 dos) dan mendapat dos booster pada usia 18 bulan dan 7 tahun.

Bagaimana vaksin bertindak?

Vaksin bertindak dengan memasukkan bakteria yang sudah lemah yang dipanggil sebagai antigen.Di dalam sebahagian vaksin antibodi iaitu produk yang dihasilkan oleh sistem imuniti tubuh membantu menyerang antigen tadi.Vaksin membenarkan tubuh untuk menghasilkan antibodi menentang antigen atau jangkitan tertentu.Sekiranya penyakit sebenar menyerang tubuh, antibodi yang terhasil tadi boleh memusnahkan bakteria tersebut.

Sebahagian daripada masyarakat Islam di Malaysia menentang pemvaksinan anak anak mereka kerana takut vaksin tersebut mengandungi DNA khinzir yang haram disisi agama.Mufti Kelantan,Datuk Mohamad Shukri Mohamad dalam kenyataannya di akhbar Bernama pada bulan Jun lalu mengatakan bahawa vaksin adalah dibenarkan dalam Islam walaupun mungkin mengandungi bahan haram terbabit bagi menjaga kemaslahatan manusia.Mufti Pelis,Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga mengatakan bahawa orang Islam yang menolak pemvaksinan anak-anak adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang menitikberatkan soal nyawa manusia.

Sumber gambar: http://www.imgrum.net/tag/difteria
Sumber gambar: http://www.imgrum.net/tag/difteria

Kesimpulannya, ibu bapa adalah disarankan untuk membawa anak-anak mereka untuk disuntik vaksin seperti yang telah dijadualkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengelakkan penularan penyakit Difteria di Malaysia sekaligus menjadikan penyakit Difteria sebagai satu sejarah yang tidak berulang kembali.

Rujukan:

CDC

The Malay Mail Online

world.com.my

Sumber gambar: http://www.imgrum.net/media/1286745927360877055_1599223953
Sumber gambar: http://www.imgrum.net/media/1286745927360877055_1599223953