Category Archives: ubat berdaftar

Semakan Ubat Berdaftar Kini di hujung Jari

“Produk xyz ini ada KKM atau tidak?”  Seringkali kita mendengar pertanyaan tersebut. Soalan seperti ini yang timbul dalam kalangan masyarakat kini menunjukkan bahawa ubat berdaftar adalah penting dan menjadi salah satu medium untuk memantapkan kepercayaan pengguna.

Semua ubat-ubatan di Malaysia perlu melalui proses pendaftaran dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak kira sama ada ubat itu ubat terkawal (controlled medicine), persediaan tradisional (traditional medicine) dan juga suplemen kesihatan (health supplement).  Begitu juga dengan produk kosmetik yang perlu melalui proses notifikasi.

Ubat berdaftar amat penting untuk menjamin keselamatan pengguna selain memastikan ubat yang dijual adalah ubat asli.

Hasil rampasan produk tidak berdaftar oleh Cawangan-Cawangan Penguatkuasa Farrmasi di seluruh negara menunjukkan peningkatan nilai rampasan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sepanjang tahun 2013, sejumlah 33,704 produk tidak berdaftar produk telah dirampas dengan nilai RM 43.22 juta berbanding rampasan tahun 2012 iaitu sebanyak 40,006 produk telah dirampas dengan nilai RM 23.72 juta. Nilai rampasan ini dijana melalui aktiviti penguatkuasaan iaitu operasi serbuan, pemeriksaan premis dan rampasan di pintu masuk negara.

Sumber: kpkesihatan.com

Terdapat dua ciri untuk memastikan ubat telah berdaftar :-

  1. Nombor pendaftaran – di hadapan nya tertulis (MAL untuk ubat berdaftar dan NOT untuk produk kosmetik yang telah dinotifikasi).
  2. Label Hologram Meditag – pada pembungkusan.
Sumber: kpkesihatan.com
Sumber: kpkesihatan.com

Seringkali juga kita lihat produk yang dijual secara atas talian atau “online” mendakwa bahawa produk mereka mendapat kelulusan KKM.  Adakah ini benar? Untuk mengetahui kesahihan pendaftaran ubat atau notifikasi produk kosmetik, kita sebagai pengguna boleh mengetahuinya hanya dengan melayari satu portal carian sahaja iaitu QUEST3.

searching

Langkah-langkah untuk mengesahkan ubat berdaftar dan kosmetik yang telah dinotifikasi.

  • Taip “Quest3 product search” di enjin carian atau klik  Quest3 .
Paparan di enjin carian
Paparan di enjin carian
QUEST3
QUEST3
  • Klik “search by“.  Anda akan diberi pilihan untuk mencari ubat yang telah berdaftar dengan KKM melalui beberapa cara.
Search by
Search by
  • Pilih “search by Product Registration No./Notification No.” dan seterusnya anda boleh mengisi nombor pendaftaran (contoh MAL15045072X) dalam kotak yang disediakan.
Menggunakan nombor pendaftaran untuk mencari produk.
Menggunakan nombor pendaftaran untuk mencari produk.
  • Dan…tunggu untuk jawapannya. Andai produk tersebut tersenarai dalam senarai KKM, paparan skrin anda akan kelihatan seperti ini (rujuk gambar).
Hasil carian.
Hasil carian.
  • Tetapi, cara yang sedikit berbeza untuk produk kosmetik. Anda perlu memilih/ klik “Cosmetic Products Only” di pilihan Product Type.  Kemudian anda boleh mengisi nombor notifikasi dalam kotak carian (rujuk gambar).
Isi nombor notifikasi.
Isi nombor notifikasi.
Hasil carian.
Hasil carian.

Produk yang saya nak cari tiada nombor, saya hanya tahu nama produk sahaja. Bagaimana saya boleh mengesahkan pendaftaran produk tersebut?

Jika anda mengalami situasi seperti di atas, jangan khuatir kerana anda boleh juga menggunakan pilihan “Search by” > “Product Name“.

  • Pastikan Product type anda yang betul.
  • Kemudian pilih search by Product Name.  Anda boleh mengisi nama produk yang ingin dicari (contoh iHand) dalam kotak yang disediakan (rujuk gambar).
Pencarian produk kosmetik menggunakan nama produk.
Pencarian produk kosmetik menggunakan nama produk.
Hasil carian.
Hasil carian.

***********************************************************

Produk yang dicari tiada? Jangan risau, jika hal sedemikian berlaku, anda boleh juga mencari produk tersebut di satu lagi portal carian iaitu Quest2.

Anda juga boleh layari laman web NPRA yang baru.

***********************************************************

Selamat mencuba!

Sumber rujukan:

Quest3

www.pharmacy.gov.my

kpkesihatan.com