Category Archives: Penyakit Mental

Lithium ialah ubat untuk Bipolar Disorder. Bolehkah orang sihat ambil lithium sebagai suplemen harian?

Bipolar disorder ialah penyakit mental yang berkaitan dengan mood

Bipolar bermaksud ada 2 jenis mood dalam diri seseorang, iaitu sama ada extreme positif atau extreme negatif.  Pertamanya, mood yang positif dan baik teramat sangat, sehingga boleh melakukan apa sahaja tanpa mengira batasan, contohnya membuat pelaburan perniagaan yang gila-gila, sehingga boleh menjadikannya bankrap. Keduanya, pesakit juga boleh mempunyai mood negatif teramat sangat yang membawa kepada  kemurungan sehingga boleh membawa kepada bunuh diri.

Lithium sebagai first line treatment of bipolar disorder

Pesakit bipolar disorder ada kaitan dengan ketidakstabilan neurotransmitter dalam otak. Jadi, ada ubat yang sesuai bagi mereka. Berdasarkan Clinical Practice Guideline (CPG) untuk bipolar disorder, yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), lithium dikategorikan sebagai first line treatment.

cpg-bipolar-disorder

monitor-regularly

Mitos tentang lithium

Namun, di negara barat, ada orang yang mengambil ubat lithium sebagai suplemen harian mereka. Boleh tengok lagi video ni.

lithium-myths

Diorang ambil lithium ni sama macam ambil vitamin harian je. Setakat ni, kami masih belum jumpa rakyat Malaysia yang buat macam ni.

Harap-harap tak ada lah yang terpengaruh. Takut juga jadi macam suntikan vitamin C tu, KKM tak pernah bagi kelulusan untuk sebarang produk suntikan vitamin C, tapi rakyat Malaysia yang kreatif, ambil juga untuk kekal cantik katanya. Jadi, RahsiaFarmasi.com ingin mengulas lanjut tentang sebab lithium tidak boleh diambil macam tu sahaja oleh orang biasa, tanpa preskripsi daripada doktor.

Narrow therapeutic drug

Antara sebab utama ialah lithium tergolong dalam kategori ubat yang mempunyai indeks therapeutik yang sempit (narrow therapeutic index drug). Maksudnya, sedikit sahaja dos berubah daripada yang sepatutnya, akan menyebabkan kesan toksik atau tidak berkesan langsung dalam mengubati penyakit tersebut.

Setiap orang bertindak berbeza dengan ubat yang ada narrow therapeutic index ni, bergantung kepada genetik. Ada satu bidang kajian ilmu farmasi ni yang dinamakan dengan farmakogenetik.

Jadi, lithium ni hanya sesuai diambil apabila telah ditetapkan oleh doktor. Sebab kalau doktor yang bagi, pemantauan dapat dibuat dengan sistematik.

Sumber: http://www.fda.gov/ForIndustry/UserFees/GenericDrugUserFees/ucm500577.htm
Sumber: http://www.fda.gov/ForIndustry/UserFees/GenericDrugUserFees/ucm500577.htm

therapeutic-window

Therapeutic Drug Monitoring

Sample darah selepas makan ubat ini akan diambil dan dianalisa, untuk dilihat kepekatan ubat tersebut dalam darah. Kemudian, dos akan diubah berdasarkan keputusan kepekatan ubat dalam darah tersebut.

Servis yang diberikan oleh jabatan farmasi hospital kerajaan ini dinamakan sebagai Therapeutic Drug Monitoring (TDM). Ada juga orang memanggilnya sebagai servis farmakokinetik, kerana berkaitan dengan apa yang dilakukan oleh badan terhadap ubat tersebut.

Gambar di bawah ini pula ialah satu contoh journal yang berkaitan dengan pengalaman hospital di India dalam TDM lithium.

Sumber: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19262359
Sumber: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19262359

Kesan ambil lithium tanpa pemantauan

Jadi, cuba kita fikirkan. Kalau orang biasa pandai-pandai ambil sendiri lithium ni tanpa pemantauan doktor, macam mana nak buat TDM? Tiba-tiba nanti terus dapat symptom of lithium toxicity, macam lemah otot, loya, muntah, cirit-birit, mengantuk, penglihatan kabur dan berdengung telinga.

Macam mana kalau orang yang dapat symptom ni tak perasan, dia terus je buat kerja menggunakan mesin dan kenderaan? Kebarangkalian yang besar untuk dapat kemalangan dan menyebabkan maut pula.

Lagi bahaya, overdose lithium ni pun boleh bagi kesan kepada jantung. Boleh baca lagi lanjut di sini.

medscape-lithium

Kesimpulan

Jadi, mari kita ambil ubat ikut cakap doktor. Bukan ambil sendiri-sendiri je, tengok google dan youtube. Islam pun mengajar kita untuk bertanya sesuatu kepada yang pakar. Bidang perubatan ni dah ada kajian saintifik yang sistematik untuk dijadikan sebagai rujukan.

Sakit Mental-Apakah jenis,punca dan cara menanganinya?

Malaysia telah dikejutkan dengan satu kes pembunuhan ngeri yang berlaku di Kota Tinggi, Johor pada 9 Ogos 2016 pada pukul 6.30 petang yang menyaksikan seorang nenek dipenggal cucu yang dipercayai menghidap penyakit mental.

Menurut berita yang disampaikan menerusi Astro Awani dan stesen televisyen yang lain, mangsa Maimon Abdul Samad, 76 tahun bukan sahaja dipenggal malah kedua-dua kakinya dikerat suspek lelaki yang berusia 19 tahun itu.

Suspek dipercayai mengalami gangguan mental serius iaitu ‘schizophrenia paranoid’ akibat tidak memakan ubat sejak beberapa bulan lepas. Berita selanjutnya boleh dibaca di link ini.

Kes pembunuhan ngeri di Kota Tinggi, Johor yang menyaksikan seorang nenek dipercayai dipenggal cucu yang menghidap penyakit mental menimbulkan kebimbangan masyarakat.
Kes pembunuhan ngeri di Kota Tinggi, Johor yang menyaksikan seorang nenek dipercayai dipenggal cucu yang menghidap penyakit mental menimbulkan kebimbangan masyarakat. Sumber gambar:AstroAwani

Kes-kes seperti itu semakin membimbangkan dan ia seiring dengan jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang melihat penyakit mental akan menjadi bebanan nombor dua dunia menjelang 2020 dan bebanan pertama pada 2030.-AstroAWANI

Oleh yang demikian Team Rahsia Farmasi rasa terpanggil untuk menceritakan kepada pembaca tentang jenis,punca dan cara menangani sakit mental ini secara ringkas untuk mengelakkan kejadian serupa berlaku semula yang boleh menjejaskan keselamatan orang ramai.

Apa itu penyakit mental?

Penyakit mental (mental disorder) ialah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh merubah proses pemikiran,perasaan dan tingkah laku seseorang yang mengakibatkan gangguan pada aktiviti harian.

Penyakit mental boleh didiagnosis menggunakan DSM-5 (Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, Fifth Edition) berdasarkan kriteria -kriteria tertentu.

Anxiety disorder adalah salah satu daripada 20 kategori di dalam DSM-IV oleh American Pschiatry Association untuk mendiagnosis penyakit mental. Sumber:American Psychiatry Association (APA)
Anxiety disorder adalah salah satu daripada 20 kategori di dalam DSM-5 oleh American Pschiatry Association untuk mendiagnosis penyakit mental.
Sumber:American Psychiatry Association (APA)

Adakah semua penyakit mental sama?

Jawapannya tidak. Ia terdiri dari 3 kumpulan utama iaitu:

1.Neurosis– Penyakit mental dan emosi yang melibatkan sebahagian personaliti dan kecelaruan persepsi realiti kurang daripada psikosis, tidak mengganggu perubahan bahasa,dan diikuti gangguan fizikal,psikologi,dan mental seperti symptom kegelisahan atau fobia.

Contoh gejala (simptom) adalah:

  • Kebimbangan-Seseorang itu akan berasa tertekan,tegang,berpeluh,berdebar-debar dan berasa takut tanpa diketahui puncanya.
  • Kemurungan-Perasaan sedih melampau melebihi tempoh 2 minggu

2.Psikosis-Perubahan ketara pada pemikiran,perasaan tingkah laku dan kewarasan. Pesakit juga akan keliru dan dikatakan mendengar suara-suara ghaib yang dinamakan sebagai ‘halusinasi’. Mereka juga mempunyai kepercayaan pelik yang dipanggil ‘delusi’ contohnya merasakan ada orang mahu menyerang pada mereka tiba-tiba. Mereka juga mungkin bercakap seorang diri tanpa sebab.                                                     Contoh psikosis yang sering dialami: 

  •  Schizophrenia-Ciri utama ialah halusinasi,delusi,celaru pemikiran,pertuturan dan tingkah laku.

Schizophrenia paranoid adalah salah satu jenis schizophrenia yg biasa di mana pesakit memiliki kepercayaan yang salah bahawa ada seseorang yang akan menyerang diri atau ahli keluarga. Mereka juga mengalami halusinasi auditori (mendengar suara ghaib).Schizophrenia paranoid adalah penyakit kronik,dalam jangka waktu yang lama boleh membawa komplikasi seperti bunuh diri dan perlakuan berbahaya  pada orang lain.

  • Kecelaruan manik-depresif-Pesakit mengalami perubahan emosi yang ketara antara terlalu gembira atau terlalu sedih.

3. Kecelaruan personaliti-Perubahan karakter yang mempengaruhi perhubungan dengan orang sekeliling.

Punca penyakit mental:

Sumber gambar: Google Images
Sumber gambar:Google Images
  1. Faktor genetik/keturunan
  2. Gangguan bahan kimia (neurotransmitter) dalam otak seperti penghasilan dopamine yang berlebihan dalam penyakit schizophenia.
  3. Jangkitan virus
  4. Sejarah hidup yang getir seperti terlalu banyak cabaran hidup
  5. Keadaan sosioekonomi yang rendah

Bagaimanakah penyakit mental diubati?

Rawatan pesakit mental mengambil kira keseriusan gejala penyakit,kekerapan tekanan yang mengganggu aktiviti harian,risiko dan faedah setiap rawatan dan faktor lain.Rawatan penyakit mental ini berdasarkan keperluan individu dan kolaborasi dengan pakar kesihatan.

  • Ubat psikotropik dapat merawat penyakit mental seperti anti-depresi yang memerlukan preskripsi doktor mengikut keperluan individu tersebut.Contohnya  fluoxetine (Prozac, Selfemra),duloxetine (Cymbalta),mirtazapine (Remeron),nortriptyline (Pamelor),phenelzine (Nardil) dan lain-lain.

    Contoh ubat anti depresi dari kategori Selective Serotonin Reuptake Inhibitors:Fluoxetine. Sumber gambar:MIMS
    Contoh ubat anti depresi dari kategori Selective Serotonin Reuptake Inhibitors: Fluoxetine.
    Sumber gambar:MIMS
  • Pendekatan psikotropik seperti kaunseling, psikoterapi ,terapi kognitif,pendidikan psikologi,terapi pemulihan cara kerja dan pemulihan psikososial.
Psikoterapi antara salah satu rawatan penyakit mental di mana pesakit boleh menceritakan segala masalah yg dialami kepada pakar Sumber gambar:Google.com
Psikoterapi antara salah satu rawatan penyakit mental di mana pesakit boleh menceritakan segala masalah yg dialami kepada pakar pskiatri
Sumber gambar:Google Images
  • Gabungan terapi dan ubat-ubatan yang selalunya lebih berkesan di samping rawatan alternatif yang semakin meluas digunakan.
stress-remaja
Remaja juga berpotensi menjadi pesakit mental seandainya stress yang dialami tidak dapat diatasi segera. Sumber gambar: Google Images
  • Antara langkah-langkah menangani tindakan berbahaya oleh remaja yang mungkin ada penyakit mental telah digariskan oleh Dr.Nurashikin binti Ibrahim dalam satu artikel MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia yang boleh dibaca pada link MyHEALTH ini.

Kesimpulan:

Orang ramai yang memiliki anggota keluarga yang mengalami masalah penyakit mental amatlah disarankan membawa pesakit untuk berjumpa dengan doktor di hospital atau klinik kesihatan bagi merawat masalah mereka dengan segera.

Keluarga perlu memainkan peranan dalam membantu pesakit mental untuk terus mendapat sokongan dan mengambil ubat secara berterusan.

Mereka yang ingin mengetahui status kesihatan mental mereka juga boleh mengambil ujian di sana.

“Jagalah kecerdasan minda untuk kesejahteraan kita bersama”

Rujukan:

AstroAWANI

American Psychiatry Association

Medscape

MayoClinic

MedicalNewsToday

 

Pokemon Go! : Suatu Kegilaan atau Ketagihan?

pokemon_go_logo

 

                                                   “Gotta Catch’em All!”

Itulah slogan asal siri animasi Pokemon yang pernah menjadi kegilaan semua lapisan masyarakat, tidak mengenal umur, jantina & agama.

Baru- baru ni syarikat “reality mobile games” terkenal, Nianti, Inc. telah melancarkan  free-to-playlocation-based augmented reality game yang diadaptasi dari siri animasi tersohor itu.

Setelah beberapa bulan pelancaran permainan mobil yang boleh dimuat turun dengan mudah menerusi android & ios itu, ia telah berjaya menarik  lebih dari 100 juta pengguna smartphone di seluruh dunia.

Malaysia turut tidak ketinggalan terkena tempias fenomena permainan itu yang kini mengundang pelbagai reaksi & kontroversi di kalangan komuniti di seluruh pelusuk dunia.

Bentuk permainan Pokemon Go:

  • Anda hanya perlu aktifkan GPS di telefon pintar, aplikasi akan kesan Pokemon di sekeliling kedudukan pemain, beri notifikasi di skrin.
  • Aplikasi ini membuat pemainnya perlu bergerak dan berjalan merata tempat untuk memburu serta menangkap watak raksasa maya pada skrin telefon pintar.
  • Permainan ini boleh dimain secara Single player (seorang pemain) atau Multiplayer (ramai pemain).
  • Pemain boleh melagakan Pokemon yang ditangkap untuk dilatih bersama para pemain lain.
  • Pemain boleh meninggalkan Pokemon yang ditangkap di Gym yang ditawan untuk menjaga kawasan jajahan daripada pemain dan kumpulan lawan.

catch-pikachu-screenshot-pokemon-go

Fatwa dari Mufti Wilayah Persekutuan:

Pada 1 Ogos 2016 mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah memutuskan bahawa permainan Pokemon Go dan Pokemon adalah tidak dibenarkan bagi umat Islam berdasarkan faktor dan kemudaratan yang berlaku sejak permainan itu diperkenalkan.

Pokemon+Go+Weird

Apabila minat menjadi satu ketagihan

Sejak ia diperkenalkan, banyak kes atau pengalaman yang telah dilaporkan menunjukkan pokemon Go mampu utk beri impak yg negatif kepada masyarakat.

Tak lupa ada golongan yang memprotes, menyatakan permainan itu membolehkan individu yg kurang bersosial utk keluar dari kepompong komuniti & bergaul dgn masyarakat luar.

Sebagai contoh saya ambil dari satu cerita pengguna yang bermain permainan ini & kesan game ini kepada diri & keluarga:

Izhar, 26

“Sebagai seorang “die-hard” fan Pokemon, Bila Pokemon Go dah keluar ni, agak-agak saya main ke tak? Mestilah! Gila tak main. Saya main sejak zaman Gameboy Pocket, Pokemon Red dengan Blue. Yellow pun belum keluar lagi. Saya menjerit kat rumah macam orang gila bila tahu episode pertama keluar kat NTV7. Saya bergaduh bertumbuk dengan jiran sebab salah flip coin masa main Pokemon Trading Card. Masa sekolah rendah, saya selalu doa nak masuk Syurga. Sebab nak minta jadi Pokemon Master dalam tu nanti.

“Saya dah main sebelum keluar officially kat Malaysia lagi. Macam mana saya dapat link? Panjang cerita. Kalau dah fanatik, mesti cari sampai dapat!”

Lihat, sampai macam tu sekali!

Kesan Psikologi? Hiraukan jela Mufti. Jom install & main Pokemon Go!

Ketagihan terhadap teknologi & media belom lagi rasmi ditakrifkan sebagai satu dari beberapa permasalahan mental.

Tapi, ramai penyelidik atau mereka yg berkecimpung dalam area ketagihan terhadap ubat bersetuju ketagihan terhadap media adalah sama seperti ketagihan kpd dadah & juga alcohol.

Menurut data kajian oleh DSM-5 (Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders) keatas gamers pada tahun 2013:

“Video game addiction—although not officially recognized by the latest Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (the DSM-5)—is known to share many traits with drug and alcohol addiction. Gaming increases the size of the reward center in the brain, meaning that gamers get a huge dopamine boost when playing.”

“Dopamine is central to many addictions, including cocaine dependence and compulsive gambling, so the fact that it’s implicated in gaming adds a great deal of weight to the idea of video game addiction. Like drug addicts, video game addicts continue to play despite abundant negative consequences and often destroy their careers and relationships because of the time they dedicate to the habit.”

Tidak ubah seperti ketagihan individu terhadap dadah, addiction kpd permainan mobil juga bertindak dengan kaedah yg lebih kurang sama & mengakibatkan hasil akhir yg juga serupa iaitu KETAGIHAN.

video-games-1024x682

Mana taknya, ketagihan tegar terhadap permainan itu telah meletakkan other interests seorang individu yang normal seperti tanggungjawab, hubungan kekeluargaan, akademik, pekerjaan & etc. ke satu tahap yg sama or kurang penting bila bermain Pokemon Go.

Dalam suatu kes yang ekstrem, pengguna tidak mampu nk “stop” dari terus bermain walaupon game itu telah menyebabkan pemainnya mengalami stress yg melampau!

Menurut Center for On-Line Addiction, tanda- tanda ketagihan terhadap permainan video termasuklah:

  • Rasa perlu utk bermain & capai lebih utk kepuasan yg sama.
  • Rasa sedih, gelisah & marah bila cuba utk berhenti bermain.
  • Kurang minat utk melakukan aktiviti lain
  • Bermain setiap kali utk atasi mood yg negative.
  • Mengabaikan peluang baik yang ada dalam perhubungan atau kerjaya semata2 utk bermain permainan mobil.
  • Terus bermain even tahu permainan itu byk member kesan negative kpd diri.

Islam Itu Cara Hidup

Kemalangan jalan raya di pelbagai negara, jatuh dari tebing curam di California, sekolah di Melbourne dirempuh, pekerja berhenti kerja untuk menjadi ‘trainer pokemon’, menceroboh kawasan larangan dan terkini ulama pula dikecam.

Lihat! Itu hanyalah sebahagian impak negatif kesan dari permainan Pokemon Go yg pernah dilaporkan setakat ini.

Salah satu keindahan Islam ialah mengelakkan mudharat demi kepentingan Agama, Nyawa, Keturunan, Akal dan Harta.

Cara hidup berlandaskan Islam ini menjadikan tiada pemisahan diantara agama dan keduniaan walaupun ianya hanyalah sekadar ‘GAME’.

Kita hidup di dunia ni hanyalah sementara. Semakin bertambah tanggungjawab, semakin singkat masa yg ada utk kita menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.

Jangan kita samakan diri kita dgn watak utama dlm siri animasi Pokemon, iaitu Ash Ketchum yang tidak pernah tua even sudah lebih 10 tahun siri itu diperkenalkan, tetapi masih budak.

Renung- renungkan & Selamat beramal wahai Pokemon Trainee sekalian. Wassalam…

masjid_pokemon_cartoon

Rujukan:

Retrieved from:

Gaming Addicted Children at Higher Risk of Mental Health

Issueshttps://www.recoveryranch.com/articles/gaming-addicted-children-at-higher-risk-of-mental-health-issues/

Video Game Addiction No Fun:

http://www.webmd.com/mental-health/addiction/features/video-game-addiction-no-fun?page=3

Rujukan Gambar:

www.imore.com

alexofarabia.com

www.sentiasapanas.com