Category Archives: Hak Pesakit

Rahsia MUDAH kenal ubat OTC di pasaran

Adakah anda seorang OTC shopper?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua…

Pada kali ini kami dari Team Rahsia Farmasi ingin memberitahu pada para pembaca mengenai ubat OTC…

Apakah itu ubat OTC?

Ubat OTC atau dikenali sebagai ubat Over The Counter ialah ubat-ubatan yang tidak memerlukan preskripsi doktor yang termasuk Ubat Tidak Terkawal dan boleh didapati di luar kaunter di kedai-kedai farmasi  atau pasaraya tertentu.

Walaupun ubat OTC telah disahkan selamat oleh pihak FDA ,sebagai pengguna yang bijak kita perlulah membaca label  sebelum menggunakan ubat OTC bagi menjaga kesihatan dan keselamatan diri dan keluarga.

Apakah yang perlu anda ketahui tentang ubat OTC?

Setiap ubat OTC yang dibeli hendaklah diperiksa dengan teliti kandungan labelnya yang boleh didapati pada produk.

ubat
Sumber gambar :Poison Control
  1. Nama ubat (berjenama atau generik) dan sebab mengambilnya.
  2. Bahan aktif. Contoh bahan ialah  acetaminophen yang tertulis di bawah jenama ubat.
  3. Tindakan ubat.Sebagai contoh acetominophen mengurangkan demam dan melegakan kesakitan.
  4. Bentuk ubat di dalamnya. Contohnya dalam bentuk cecair,tablet,suppositori atau spray dan lain-lain.
  5. Bahan yang terdapat atau tidak terdapat di dalam ubat.Seperti contoh label di atas yang menyatakan ubat berkenaan tidak mengandungi alkohol atau aspirin dan juga ibuprofen.
  6. Umur kanak-kanak yang boleh mengambil ubat.Contoh di atas, kanak-kanak yang berusia sekurangnya 2 tahun dan tidak melebihi 11 tahun sesuai mengambil ubat tersebut.
  7. Perisa terutamanya ubat kanak-kanak  bagi menarik minat kanak-kanak.
  8. Dos atau kepekatan ubat.Informasi ubat yang lebih detail terdapat pada Fakta Ubat (Drug Facts)
  9. Jumlah kandungan ubat 

Label Drug Facts yang disertakan di dalam bungkusan produk selalunya dipaparkan dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami dan senang untuk dibaca.Ini adalah bagi memudahkan para pengguna membuat pilihan yang betul sebelum membeli ubat OTC di pasaran.

otc-10-to-15-graphic
Sumber gambar: Poison Control

Informasi penting yang perlu diketahui pengguna mestilah dipaparkan seperti berikut:

10. Bahan aktif.Beri perhatian khas pada bahan aktif produk.Pengguna dinasihatkan tidak menggunakan lebih dari 1 OTC yang mengandungi bahan aktif yang sama kecuali atas nasihat doktor.

11. Jumlah kandungan  bahan dalam dosage unit.Sebagai contoh satu sudu teh bersamaan 5 ml. Dalam setiap 5 ml mengandungi 160mg acetominophen. Pengguna dinasihatkan menggunakan alat pengukur ubat seperti sudu,dropper atau penutup ubat yang disediakan untuk mengelakkan kesalahan semasa menyukat ubat.

12.Tujuan produk.Sebagai contoh acetaminophen untuk mengurangkan demam.

13.Kegunaan atau indikasi produk.Indikasi ubat juga memberi maksud yang sama seperti tujuan produk tetapi lebih spesifik untuk merawat simptom lain seperti kesakitan lain.

14.Amaran khas

Termasuklah apabila produk tidak boleh digunakan dalam keadaan tertentu,dan bila para pengguna dikehendaki berjumpa doktor atau ahli farmasi.

Bahagian amaran (specific warnings) selalunya menerangkan tentang kesan sampingan yang akan berlaku dan keadaan yang perlu dielakkan semasa menggunakan ubat tersebut.

15.Amaran untuk menjauhkan ubat OTC daripada kanak-kanak

Ubat OTC dijual dengan penutup yang tidak mudah dibuka kanak-kanak bagi memastikan keselamatan mereka.

Ingat, simpan semua ubat-ubat OTC anda dengan selamat dan jauh dari pandangan kanak-kanak.

otc-16-to-19
Sumber gambar: Poison Control

16. Arahan pengambilan ubat-Bila,bagaimana, dan berapa kerap pengambilan ubat.

17. Carta dosing pengambilan ubat berdasarkan berat dan umur.

18. Bahan tidak aktif  -Penting bagi membantu pengguna mengelakkan bahan terbabit yang mungkin menyebabkan kesan allergi.

19.No telefon syarikat pengeluar sekiranya overdos berlaku atau sebarang pertanyaan mengenai produk terbabit.Sesetengah produk mempunyai label ini namun sekiranya tidak dapat ditemui pada leaflet produk, para pengguna boleh mengetahuinya dengan bertanya kepada doktor atau ahli farmasi.

  • Tarikh luput-Penting untuk para pengguna ketahui bagi menentukan tarikh akhir penggunaan sesuatu produk.

 Bagaimana untuk mengetahui sekiranya sesuatu ubat itu berdaftar atau tidak?

Ubat berdaftar selalunya mempunyai nombor yang bermula dengan MALXXXXXXXX dan berakhir dengan salah satu daripada kod produk seperti berikut yang boleh didapati pada label produk.

Kod produk:

A: Ubat terkawal

X: Ubat Tidak Terkawal

T: Ubat Traditional

K: Kosmetik

C: Pengilang kontrak

E: Untuk Eksport

R: Dibungkus semula

S: Sumber Kedua

Jika ada sebarang kemusykilan tentang status pendaftaran sesuatu ubat, sila semak dengan Agensi Regulatori Farmasi Negara atau National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) yang dahulunya dikenali sebagai Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) melalui laman web NPRA.

Ubat OTC yang sering digunakan :

Ubat OTC Tindakan Kesan sampingan
 

Masalah perut

Ketidakselesaan perut (Pedih ulu hati,cirit-birit atau sembelit)

  • Antasid seperti produk yang mengandungi magnesium trisilikat, natrium bikarbonat dan aluminium hidroksida
  • Ubat cirit birit (Antidiarrhea ) seperti Kaolin&Pectin untuk cirit birit yang sedikit, Ultracarbon (activated charcoal)
  • Ubat sembelit seperti Flybogel fiber,Bekunis laxative,Senokot (Senna),Beacolux,Dulcolax (Bisacodyl)
 

 

  • Antacid melegakan ketidakselesaan perut.
  • Ubat cirit-birit memperlahankan  pergerakan usus (bowel movements)
  • Ubat sembelit melawaskan usus.
 

 

  • Fiber perlu diambil dengan air yang mencukupi bagi melawaskan pembuangan air besar.
  • Ubat cirit birit boleh mengakibatkan sembelit sekiranya diambil dengan dos yang tinggi
  • Ubat sembelit boleh mengakibatkan cirit birit jika diambil dengan kadar yang banyak.
 

Hidung tersumbat

  • Cecair hypertonik seperti Sterimar Hypertonic (larutan air laut hypertonik), Iliadin Aqua Care (NaCl,glycerol),Sinoclear dan lain-lain.
 

 

  • Membersihkan hidung tersumbat disebabkan sinusitis dan allergi.
 

 

  • Penggunaan ubat titis hidung atau ubat sembur yang melebihi 7 hari boleh menyebabkan kesesakan hidung yang berpanjangan.
Batuk

  • Lozenges menthol contoh  Halls, Strepsils
  •   Ekpektoran (Pengeluar kahak) seperti guaifenesin contohnya Cough Relief,Breacol,Woods dan lain-lain
  •  Mucolytic(Pencair kahak) seperti ambroxol,acetylcysteine, bromhexine
 

  •  Lozenges mengurangkan kekeringan tekak dan kekerapan batuk.
  • Ekspektoran dapat membantu mengeluarkan kahak
  •  Mucolytic mencairkan kahak supaya dapat dikeluarkan melalui batuk
 

  •  Ekspektoran seperti guaifenesin boleh mengakibatkan ketidakselesaan perut.
  • Mucolytic seperti bromhexine juga boleh menyebabkan kesan sampingan pada perut.

Sekiranya ketidakselesaan perut berterusan, pesakit perlu berjumpa doktor.

Sekian sahaja artikel pada kali ini.Sehingga berjumpa lagi pada artikel yang lebih menarik pada masa akan datang 🙂

Ingat, jadilah Mr/Mrs OTC shopper yang bijak!


Rujukan:

FDA

NPRA

Medline

Poison Control

MIMS

Mr Tiew Wah Peng, Pharmacist Guardian RMBP

 

 

 

HAK-HAK PESAKIT: INI YANG PERLU ANDA KETAHUI JIKA ANDA SEORANG PESAKIT

Kebanyakan kita sudah tentu pernah mengalami sakit seperti demam dan selesema. Tidak kurang juga ada sesetengah individu yang diuji dengan penyakit kronik seperti strok mahupun kanser.

Realiti ini tidak dapat disangkal lagi kerana kita manusia, bukan robot!

Kesihatan yang terjejas boleh mempengaruhi kehidupan seharian
Sumber: Google Images

Tahukah anda, sebagai pesakit, anda memiliki hak-hak anda tersendiri?

Ya, hak-hak pesakit (patients’ rights) sudah banyak dibincangkan di peringkat antarabangsa. Malah anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan isu ini di laman web World Health Organization (WHO). Di situ, anda juga boleh membaca tentang hak-hak pesakit di negara-negara lain.

Hak-hak pesakit adalah berbeza bagi setiap negara bergantung kepada praktis dan amalan perubatan mengikut norma sosial dan budaya masyarakat negara tersebut.

APAKAH HAK-HAK TERSEBUT?

Antara hak-hak pesakit secara umumnya adalah seperti berikut:

  1.  KHIDMAT PERUBATAN YANG SELAMAT

Setiap pesakit berhak mendapat khidmat perubatan yang selamat tanpa mengira bangsa dan agama.

Hubungan dan kerjasama yang baik antara pegawai perubatan dan pesakit
Sumber: Google Images

2. KHIDMAT BERTERUSAN

Setiap pesakit berhak mendapat khidmat perubatan yang berpatutan dan berterusan.

3. MAKLUMAT JELAS

Pesakit dan waris berhak mengetahui maklumat tentang penyakit yang dihidapi melalui penjelasan dalam istilah biasa secara jelas, ringkas dan padat untuk sebarang rawatan atau prosedur yang dicadangkan beserta alternatifnya. Maklumat perlu disertakan dengan risiko yang berkemungkinan berlaku, kesan sampingan dan kemungkinan kegagalan.

4. KEIZINAN PESAKIT

Keizinan pesakit perlu diperolehi sebelum mana-mana prosedur dapat dijalankan. Bagi kes pesakit di bawah umur, orang kelainan upaya atau warga emas, keizinan perlu diperolehi daripada ibu atau bapa atau penjaga yang sah.

5. KERAHSIAAN MAKLUMAT DAN REKOD PERUBATAN PESAKIT

Semua maklumat pesakit adalah sulit dan tidak boleh dibincangkan secara persendirian dengan orang lain selain daripada golongan professional yang terlibat.

6. PRESKRIPSI

Akta Racun 1952 mewajibkan anda untuk mendapatkan preskripsi dari pengamal perubatan terlebih dahulu. Surat preskripsi tersebut yang mempunyai semua maklumat berkaitan ubat-ubatan anda diperlukan bagi pembekalan ubat (Racun Kumpulan B) oleh ahli farmasi berlesen.

7. LABEL UBAT

Semak butiran pada label botol/bungkusan ubat yang dibekalkan pada anda
Sumber: Google Images

Ahli farmasi dan doktor perlu meletak label pada bekas/botol ubat. Item yang perlu ada pada label tersebut termasuklah nama ubat, nama dan alamat pembekal, nama pesakit dan arahan penggunaan yang mencukupi. Sila pastikan maklumat pada label adalah lengkap sebelum anda beredar dari klinik atau farmasi yang dikunjungi.

8. PENDIDIKAN DAN KAUNSELING

Pesakit dan waris wajar diberi khidmat nasihat yang berkaitan dengan keadaan kesihatan beliau, di samping pendidikan dan kaunseling tentang penjagaan diri, pengambilan ubat, termasuk kesan sampingan yang berkemungkinan dan langkah-langkah keselamatan.

Komunikasi untuk menyampaikan maklumat kepada pesakit
Sumber: Google Images

Demi memastikan hak-hak pesakit terus dilindungi, pemahaman kepada semua pegawai kesihatan termasuk doktor, ahli farmasi, jururawat dan lain-lain yang berkaitan perlu diberikan.

PILIHAN DI TANGAN PESAKIT DAN WARIS

Sumber: Google Images
Sumber: Google Images

Ya, pesakit dan warisnya mempunyai pilihan sama ada mahu meneruskan rawatan atau tidak setelah perbincangan yang matang bersama doktor. Dan ia akhirnya terpulang kepada keputusan pesakit. Tapi yakinlah, setiap pegawai kesihatan sentiasa mahukan yang terbaik buat pesakit. Mereka inilah yang ahli (mahir) dalam bab kesihatan.

KONKLUSI

Pesakit perlu mengetahui hak-hak mereka. Ini adalah supaya standard perkhidmatan perubatan dapat dipenuhi dan kesihatan mereka sentiasa diutamakan.

Di samping itu, hubungan antara pegawai kesihatan dan pesakit adalah komponen penting dalam memastikan perkhidmatan perubatan yang diterima pada tahap yang optimum. Kerjasama yang baik daripada pesakit dan keluarganya sangat membantu mereka dalam menjalankan tugas. Marilah kita sama-sama mewujudkan kerjasama yang baik ini.

Rujukan:

1. Patients’ rights (WHO)
2. Hak-hak pesakit dan keluarga (Hospital Langkawi)
3. Hak-hak pesakit (Hospital Pitas)