Category Archives: Antibiotik

Bahaya Kerintangan Antibiotik. Penting untuk masyarakat ambil tahu!

Fenomena kerintangan antibiotik (antibiotic resistance) akibat penggunaan antibiotik secara tidak betul semakin serius sehingga fenomena itu menjadi ancaman yang membingbangkan di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Kesan daripada kerintangan antibiotik terhadap penjagaan kesihatan menyebabkan 25,000 kematian setahun di Eropah.

Ini satu jumlah kematian yang amat tinggi. Masalah kerintangan ini lebih meruncing di Asia Tenggara yang mana dianggarkan, seorang kanak-kanak mati setiap lima minit disebabkan jangkitan bakteria berdaya melawan antibiotik.

_79638121_antimicrobial_map_624

Permintaan pesakit yang mempercayai bahawa dengan mengambil antibiotik sahaja baru boleh menyembuhkan penyakitnya semakin meningkat.

Masyarakat perlu tahu antibiotik langsung tidak berkesan untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh pembawakan virus.

4960_image

Sakit seperti batuk, selsema dan demam biasa yang disebabkan virus TIDAK memerlukan penggunaan antibiotik kerana badan kita menghasilkan antibodi bagi menghapuskan virus.

Pada masa yang sama, doktor masih memberi ubat kepada pesakit untuk mengurangkan gejala jangkitan.

Anda boleh rujuk di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut perbezaan antara jangkitan bakteria dan virus.

E220E287-B31A-4567-BC39-2237E04212D7

kerintangan-antibiotik-perluke

Sumber: FB Kementerian Kesihatan Malaysia

Oleh itu, kami dari RahsiaFarmasi.com ingin memberi penerangan kepada anda semua tentang kegunaan antibiotik secara betul dan apa yang patut dilakukan untuk menghindari fenomena kerintangan antibiotik ini.

Apa itu antibiotik?

Antibiotik ialah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan BAKTERIA. Antibiotik bertindak dengan cara membunuh atau merencat pembiakan bakteria.

Antibiotik tidak berkesan langsung untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh virus.

images-3

Apa itu kerintangan antibiotik?

Kerintangan antibiotik berlaku apabila bakteria menjadi kebal terhadap antibiotik.

Setiap kali anda mengambil antibiotik, bakteria sensitif akan dimusnahkan tetapi bakteria yang kebal tidak dihapuskan dan terus membiak.

Akibatnya, antibiotik tidak berkesan dan pesakit tidak sembuh.

Oleh itu, antibiotik yang lebih kuat dan lebih mahal serta lebih banyak kesan sampingan diperlukan untuk merawat penyakit tersebut.

Cuba bayangkan jika suatu masa nanti tiada lagi antibiotik baru ditemui, hal ini akan menjadi lebih serius!

antibiotic

Sumber: genkimomma.my

Punca kerintangan antibiotik:

1. Masa pengambilan antibiotik yang tidak tepat.

2. Mengambil antibiotik lebih atau kurang daripada dos sebenar.

3. Tidak menghabiskan antibiotik yang dibekalkan.

4. Berkongsi antibiotik dengan orang lain.

5. Menyimpan lebihan antibiotik untuk kegunaan pada masa akan datang.

6. Berhenti mengambil antibiotik apabila berasa sihat.

Apa yang patut dilakukan untuk menghindari kerintangan antibiotik?

1. Patuhi masa pengambilan antibiotik.

2. Cara pengambilan yang betul (sebelum atau selepas makan).

3. Simpan antibiotik mengikut arahan.

4. Habiskan antibiotik yang dibekalkan.

5. JANGAN mengambil antibiotik tanpa arahan doktor.

6. JANGAN simpan antibiotik untuk kegunaan masa akan datang.

7. JANGAN gandakan dos walaupun terlupa mengambil dos sebelumnya.

8. JANGAN kongsi antibiotik dengan orang lain.

Kesimpulannya, kerintangan antibiotik boleh dikurangkan dengan penggunaan antibiotik secara bijaksana.

Para doktor, ahli farmasi mahupun pesakit dapat turut memainkan peranan untuk mengurangkan penyalahgunaan antibiotik.

Para pengguna perlu diingatkan supaya tidak mendesak doktor untuk antibiotik jika tidak diperlukan dan tidak membeli antibiotik di farmasi tanpa preskripsi daripada doktor.

Bertindak hari ini untuk penawar hari esok.  “No action today, no cure for tomorrow” 🙂

superbugs-cartoon

Rujukan:

  1. www.myhealth.gov.my
  2. www.pharmacy.gov.my
  3. www.biovco.com