All posts by Sharul

Aku Pegawai Farmasi bukan Doktor ;-D

 

doktor-vs-farmasi

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera semua….semoga semua pembaca Rahsia Farmasi sentiasa dalam keadaan sihat hendaknya.

Perasan tak bila kita pergi ke wad atau masuk ke kawasan hospital, selalu je nampak staf hospital yang memakai lab kot putih..

Terus dalam hati terdetik, “mesti doktor ni”. Sebenarnya, ada banyak lagi kerjaya lain yang memerlukan mereka untuk memakai lab kot putih selain doktor. Saya ambil satu kerjaya yang dekat dengan lab kot putih ni & kerap juga memerlukan pemakaian lab kot apabila bertugas di hospital iaitu Pegawai Farmasi.

Ramai yang tertanya- tanya, lebih- lebih lagi bakal lepasan SPM atau Matrikulasi, apakah sebenarnya peranan Pegawai Farmasi di hospital? Kenapa kerjaya ni selalu dibayangi oleh kerjaya yang tampak gah di mata orang awam iaitu tidak lain & tidak bukan; Pegawai Perubatan

Jadi untuk itu, saya mengambil inisiatif untuk menulis artikel perbezaan aspek kerjaya seorang Doktor & Pegawai Farmasi ini bagi membantu orang ramai melihat perbandingan kelebihan dan kekurangan kedua-dua kerjaya ini.

a) Berapa lamakah durasi di peringkat pembelajaran?
Elok rasanya untuk memulakan perbandingan antara dua kerjaya yang mulia ini seawal di alam pembelajaran lagi. Kebiasaanya, tempoh belajar bagi seorang graduan farmasi mengambil masa selama 4 tahun (maksimum) berbanding MBBS iaitu doktor, mengambil tempoh yang agak panjang sedikit iaitu sekitar 5 tahun. Dengan erti kata lain, graduan farmasi boleh menamatkan pelajaran dalam umur 23, 24 atau 25 tahun. Manakala, graduan perubatan boleh menamatkan ‘medical school’ kebiasaanya pada sekitar umur 24, 25 atau 26 tahun.

b) Adakah Pegawai Farmasi juga memperoleh “Title” & Gelaran yang sama seperti Pegawai Perubatan?
Berkenaan pangkat dan darjat, graduan MBBS atau Doktor akan mendapat title “Dr” singkatan kepada gelaran Doktor. Gelaran yang diiktiraf di seluruh dunia ini menggendong tanggungjawab & amanah yang sangat besar di sisi masyarakat. Title Dr ini amat besar maknanya dan menjadi sanjungan masyarakat terutamanya di Malaysia kerana apabila graduan berjaya menamatkan pembelajaran, mereka akan dianugerahi gelaran ini. Bagi Pegawai Farmasi pula, tiada gelaran khusus yang akan diperolehi. Biasanya Pegawai Farmasi akan dipanggil Encik, Cik, Tuan atau Puan diikuti nama mereka. Sebelum ini saya ada melihat Pegawai Farmasi yang meletakkan title Rph di belakang nama mereka, namun penggunaannya kurang meluas, sama seperti title Ir bagi golongan Engineer. Dalam aspek ini, pangkat dan darjat seorang Doktor mungkin dipandang tinggi oleh masyarakat berbanding kerjaya-kerjaya lain .

c) Gred & Gaji? Sama ke?
Apabila kita berbicara mengenai isu gred & gaji, sebenarnya agak sensitif, tapi tidak dinafikan sebenarnya ramai yang ingin tahu adakah gred & gaji antara dua pekerjaan ini sama atau tak. Berkenaan dengan gred gaji, gred gaji permulaan seorang Doktor adalah UD41. Manakala gred gaji Pegawai Farmasi adalah UF41, sama dengan gred gaji seorang Doktor Pergigian, U41, begitu juga gaji seorang guru, DG41. Bermakna, ke empat-empat kerjaya ini berada pada tingkatan yang sama iaitu 41, tetapi mungkin terdapat perbezaan daripada elaun-elaun dan elaun kritikal bergantung kepada jenis tugas seperti oncall dan sebagainya.

Namun satu analisa yang dibuat oleh portal pengambilan pekerja dalam talian, Jobstreet.com, sector Farmasi menawarkan gaji tertinggi untuk graduan Ijazah Sarjana Muda yang baru menamatkan pengajian dengan pendapatan RM 3600 Sebulan sebagai gaji permulaan. Menurut portal itu lagi, walaupun doktor muda boleh mencapai gaji sebanyak RM 2700, gaji mereka boleh meningkat dengan pantas kepada anggaran RM 3900 sebulan dengan hanya tiga atau empat tahun pengalaman.

unnamed

Sumber: Berita Harian

d) Tanggungjawab, waktu kerja dan cuti
Bila berbicara mengenai  gaji siapa je yang tak rasa seronok bukan? Tapi ia perlu diseimbangkan dengan bebanan tugas kerjaya. Terdapat perbezaan bebanan tugas yang amat ketara bagi seorang Doktor dengan seorang Pegawai Farmasi. Walaupun bebanan kerja dan waktu kerja bagi sebuah hospital dengan sebuah hospital yang lain adalah berbeza, namun secara relatifnya, beban tugas kerja seorang Doktor adalah amat berat berbanding beban tugas seorang Pegawai Farmasi. Sebagai contoh, waktu kerja doktor bermula seawal 6.30 pagi dan berakhir pada 5 petang 6 hari seminggu. Namun jarang sekali seorang Doktor dapat pulang awal. Kebiasaannya terpaksa pulang lewat kerana bebenan tugas yang banyak. Bebanan tugas yang banyak itu juga menyebabkan seorang Doktor sukar untuk mendapat cuti pendek mahupun panjang.

Manakala waktu kerja seorang Pegawai Farmasi adalah pada pukul 8 pagi dan tamat pada pukul 5 petang. Kebiasaannya Pegawai Farmasi mudah untuk mendapat cuti bagi menghabiskan jumlah waktu oncall jika dapat mencari penganti untuk tugas-tugas yang ada. Jadi kesimpulannya, walaupun gaji seorang Doktor adalah lebih tinggi, namun seorang Pegawai Farmasi boleh menikmati kehidupan yang lebih seimbang dengan gaji yang diperoleh. Kerja tu kerja lah juga, tapi masa untuk diri dan keluarga tidak sepatutnya diambil mudah, bukan? =)

Sebenarnya banyak lagi aspek yang boleh dibicarakan berkenaan dengan perbandingan antara kerjaya sebagai Doktor dan Pegawai Farmasi.
Kerjaya sebagai seorang Doktor adalah satu kerjaya yang mulia kerana dengan ilmu yang ada, seorang Doktor boleh menyelamatkan nyawa seseorang dan menyembuhkan penyakit yang dialami oleh seseorang pesakit

Begitu juga dengan kerjaya sebagai seorang Pegawai Farmasi. Walaupun posisi seorang Pegawai Farmasi lebih kepada ‘second line’ (di hospital) berbanding Doktor, peranan Pegawai Farmasi tidak boleh dinafikan dalam memastikan terapi yang diberikan kepada pesakit adalah bertepatan dan efektif.

Kesimpulannya, kedua- dua kerjaya ini apabila dilihat dari sudut yang mendalam, ianya melengkapi antara satu sama lain. Begitu juga dengan “Team Health Care Provider” lain di Hospital seperti jururawat, pembantu perubatan, pembantu farmasi dan sebagainya.

Akhir kata, semoga artikel kali ini memberi sedikit info yang berguna kepada anda dan moga tidak timbul lagi isu Doktor lagi berperanan dari pegawai farmasi ataupun sebaliknya.

Sekian, Wassalam. =)

Rujukan:

Akhbar Berita Harian

Top 10 Best Paying Jobs in Malaysia. Retrieved from:

http://www.jobstreet.com.my/career-resources/top-10-best-paying-jobs-in-malaysia/#.V9v-Kvl95dg

 

Pokemon Go! : Suatu Kegilaan atau Ketagihan?

pokemon_go_logo

 

                                                   “Gotta Catch’em All!”

Itulah slogan asal siri animasi Pokemon yang pernah menjadi kegilaan semua lapisan masyarakat, tidak mengenal umur, jantina & agama.

Baru- baru ni syarikat “reality mobile games” terkenal, Nianti, Inc. telah melancarkan  free-to-playlocation-based augmented reality game yang diadaptasi dari siri animasi tersohor itu.

Setelah beberapa bulan pelancaran permainan mobil yang boleh dimuat turun dengan mudah menerusi android & ios itu, ia telah berjaya menarik  lebih dari 100 juta pengguna smartphone di seluruh dunia.

Malaysia turut tidak ketinggalan terkena tempias fenomena permainan itu yang kini mengundang pelbagai reaksi & kontroversi di kalangan komuniti di seluruh pelusuk dunia.

Bentuk permainan Pokemon Go:

  • Anda hanya perlu aktifkan GPS di telefon pintar, aplikasi akan kesan Pokemon di sekeliling kedudukan pemain, beri notifikasi di skrin.
  • Aplikasi ini membuat pemainnya perlu bergerak dan berjalan merata tempat untuk memburu serta menangkap watak raksasa maya pada skrin telefon pintar.
  • Permainan ini boleh dimain secara Single player (seorang pemain) atau Multiplayer (ramai pemain).
  • Pemain boleh melagakan Pokemon yang ditangkap untuk dilatih bersama para pemain lain.
  • Pemain boleh meninggalkan Pokemon yang ditangkap di Gym yang ditawan untuk menjaga kawasan jajahan daripada pemain dan kumpulan lawan.

catch-pikachu-screenshot-pokemon-go

Fatwa dari Mufti Wilayah Persekutuan:

Pada 1 Ogos 2016 mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah memutuskan bahawa permainan Pokemon Go dan Pokemon adalah tidak dibenarkan bagi umat Islam berdasarkan faktor dan kemudaratan yang berlaku sejak permainan itu diperkenalkan.

Pokemon+Go+Weird

Apabila minat menjadi satu ketagihan

Sejak ia diperkenalkan, banyak kes atau pengalaman yang telah dilaporkan menunjukkan pokemon Go mampu utk beri impak yg negatif kepada masyarakat.

Tak lupa ada golongan yang memprotes, menyatakan permainan itu membolehkan individu yg kurang bersosial utk keluar dari kepompong komuniti & bergaul dgn masyarakat luar.

Sebagai contoh saya ambil dari satu cerita pengguna yang bermain permainan ini & kesan game ini kepada diri & keluarga:

Izhar, 26

“Sebagai seorang “die-hard” fan Pokemon, Bila Pokemon Go dah keluar ni, agak-agak saya main ke tak? Mestilah! Gila tak main. Saya main sejak zaman Gameboy Pocket, Pokemon Red dengan Blue. Yellow pun belum keluar lagi. Saya menjerit kat rumah macam orang gila bila tahu episode pertama keluar kat NTV7. Saya bergaduh bertumbuk dengan jiran sebab salah flip coin masa main Pokemon Trading Card. Masa sekolah rendah, saya selalu doa nak masuk Syurga. Sebab nak minta jadi Pokemon Master dalam tu nanti.

“Saya dah main sebelum keluar officially kat Malaysia lagi. Macam mana saya dapat link? Panjang cerita. Kalau dah fanatik, mesti cari sampai dapat!”

Lihat, sampai macam tu sekali!

Kesan Psikologi? Hiraukan jela Mufti. Jom install & main Pokemon Go!

Ketagihan terhadap teknologi & media belom lagi rasmi ditakrifkan sebagai satu dari beberapa permasalahan mental.

Tapi, ramai penyelidik atau mereka yg berkecimpung dalam area ketagihan terhadap ubat bersetuju ketagihan terhadap media adalah sama seperti ketagihan kpd dadah & juga alcohol.

Menurut data kajian oleh DSM-5 (Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders) keatas gamers pada tahun 2013:

“Video game addiction—although not officially recognized by the latest Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (the DSM-5)—is known to share many traits with drug and alcohol addiction. Gaming increases the size of the reward center in the brain, meaning that gamers get a huge dopamine boost when playing.”

“Dopamine is central to many addictions, including cocaine dependence and compulsive gambling, so the fact that it’s implicated in gaming adds a great deal of weight to the idea of video game addiction. Like drug addicts, video game addicts continue to play despite abundant negative consequences and often destroy their careers and relationships because of the time they dedicate to the habit.”

Tidak ubah seperti ketagihan individu terhadap dadah, addiction kpd permainan mobil juga bertindak dengan kaedah yg lebih kurang sama & mengakibatkan hasil akhir yg juga serupa iaitu KETAGIHAN.

video-games-1024x682

Mana taknya, ketagihan tegar terhadap permainan itu telah meletakkan other interests seorang individu yang normal seperti tanggungjawab, hubungan kekeluargaan, akademik, pekerjaan & etc. ke satu tahap yg sama or kurang penting bila bermain Pokemon Go.

Dalam suatu kes yang ekstrem, pengguna tidak mampu nk “stop” dari terus bermain walaupon game itu telah menyebabkan pemainnya mengalami stress yg melampau!

Menurut Center for On-Line Addiction, tanda- tanda ketagihan terhadap permainan video termasuklah:

  • Rasa perlu utk bermain & capai lebih utk kepuasan yg sama.
  • Rasa sedih, gelisah & marah bila cuba utk berhenti bermain.
  • Kurang minat utk melakukan aktiviti lain
  • Bermain setiap kali utk atasi mood yg negative.
  • Mengabaikan peluang baik yang ada dalam perhubungan atau kerjaya semata2 utk bermain permainan mobil.
  • Terus bermain even tahu permainan itu byk member kesan negative kpd diri.

Islam Itu Cara Hidup

Kemalangan jalan raya di pelbagai negara, jatuh dari tebing curam di California, sekolah di Melbourne dirempuh, pekerja berhenti kerja untuk menjadi ‘trainer pokemon’, menceroboh kawasan larangan dan terkini ulama pula dikecam.

Lihat! Itu hanyalah sebahagian impak negatif kesan dari permainan Pokemon Go yg pernah dilaporkan setakat ini.

Salah satu keindahan Islam ialah mengelakkan mudharat demi kepentingan Agama, Nyawa, Keturunan, Akal dan Harta.

Cara hidup berlandaskan Islam ini menjadikan tiada pemisahan diantara agama dan keduniaan walaupun ianya hanyalah sekadar ‘GAME’.

Kita hidup di dunia ni hanyalah sementara. Semakin bertambah tanggungjawab, semakin singkat masa yg ada utk kita menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.

Jangan kita samakan diri kita dgn watak utama dlm siri animasi Pokemon, iaitu Ash Ketchum yang tidak pernah tua even sudah lebih 10 tahun siri itu diperkenalkan, tetapi masih budak.

Renung- renungkan & Selamat beramal wahai Pokemon Trainee sekalian. Wassalam…

masjid_pokemon_cartoon

Rujukan:

Retrieved from:

Gaming Addicted Children at Higher Risk of Mental Health

Issueshttps://www.recoveryranch.com/articles/gaming-addicted-children-at-higher-risk-of-mental-health-issues/

Video Game Addiction No Fun:

http://www.webmd.com/mental-health/addiction/features/video-game-addiction-no-fun?page=3

Rujukan Gambar:

www.imore.com

alexofarabia.com

www.sentiasapanas.com

 

 

MASTERS-PRP: Alternatif Kepada Graduan Farmasi

MASTERS-PRP: Alternatif Kepada Graduan Farmasi

Assalamulaikum & Selamat Sejahtera….
Isu hangat yang menjadi bualan graduan farmasi sejak kebelakangan ini- Isu masalah penempatan PRP atau lebih dikenali sebagai “Provisionally Registered Pharmacist”.

Sedia maklum, pengambilan PRP pada tahun lepas telah dihadkan oleh SPA. Bayangkan, dari 800 calon yang dipanggil temuduga untuk berkhidmat di sektor kerajaan, hanya 200 calon sahaja yang berjaya dipanggil berkhidmat.

Selebihnya dikategorikan sebagai simpanan dan gagal. Fenomena gagal mendapat kerja selepas temuduga, lebih- lebih lagi di dalam bidang kritikal seperti farmasi adalah suatu perkara yang tidak pernah terjangkau di fikiran.
Typical Target Point Bagi Graduan Farmasi…..
Misi graduan farmasi yang hanya meletakkn sasaran “typical” untuk berkhidmat sebagai PRP di hospital2 kerajaan, swasta, farmasi2 & industry membuatkan proses penempatan mereka menjadi semakin tergendala.

Plus, di samping sikap mereka yang ‘memilih’ tempat utk menjalani latihan PRP membuatkan tempoh seorang graduan farmasi yang menganggur menjadi semakin panjang.
Apa itu Masters-PRP? Untung ke kita buat Masters-PRP ni?

Haa, ramai pelajar jurusan farmasi, mahupun fresh graduate farmasi yang kurang cakna sebenarnya di sebalik cabang2 yg disebut diatas, ada satu lagi cabang atau peluang untuk mereka menjalani latihan PRP iaitu Masters- PRP.
Masters-PRP ini merupakan Latihan graduan farmasi yang dijalankan di fasiliti farmasi swasta tempatan. Dalam kes Masters-PRP ni, Latihan dijalankan di Institusi Pengajian Tinggi yang menjalankan ‘Research and Development’ (R&D).

Program ini dirangka sebagai salah satu cabang tempat latihan PRP pada tahun 2011 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Apakah kelebihan program ini berbanding PRP di tempat lain?

Ada ke? Ada…Kelebihan program ni, disamping pelatih PRP meluangkan masa melanjutkan pengajian (Masters), mereka juga akan dihantar ke hospital kerajaan utk berkhidmat sebagai PRP untuk bahagian klinikal.

Lihatlah, ilmu yang mereka akan dapat dalam bidang pengajian, pengalaman menjalankan kajian dan juga pengalaman berkhidmat di hospital!

Menarik bukan?

Hanya dalam tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun, pelatih Masters-PRP ini akan dapat combo title, MASTERS’ holder + Fully Registered Pharmacist! =D

Sejurus selepas itu, mereka boleh berkhidmat sebagai pensyarah, bekerja di hospital, farmasi komuniti dan juga industri.

Saya ni pelajar biasa2 sahaja, layakkah saya?
Bila dengar perkataan ‘sambung belajar’, Masters’, ‘PhD’ atau serumpun dengannya mesti mindset mereka terarah ke CGPA, CGPA, CGPA..DEAN LIST..DEAN LIST.

Bagaimanapun, aspek2 tu sebenarnya tak lagi menjadi ‘main concern’ dalam program Masters-PRP ini.
Semua universiti ke sediakan Masters-PRP ni?
Untuk mana2 graduan farmasi yg berminat nk buat Master-PRP, setakat ini hanya dua IPTA yg diiktiraf oleh Lembaga Farmasi Malaysia sebagai premis latihan PRP iaitu International Islamic

University Malaysia (IIUM) & Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Bagi pelajar farmasi terutama graduan farmasi yang masih lagi mencari hala tuju, Masters-PRP adalah pilihan terbaik terutama kpd yg rasa kajian atau ‘research’ tu mmg menjadi minat sejak zaman pengajian lebih-lebih lagi kepada mereka yang memasang niat utk terjun ke arena akademik.

So, kat bwh ni basic flows mcmana korang ingin memulakan kerjaya Masters-PRP korang.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

download

 

 

 

 

1- SV (Ada grant atau tiada grant)

Sama mcm proses utk apply Masters, calon terlebih dahulu kena ada Supervisor (SV). SV amatlah penting untuk buat Masters Research-mode kerana merekalah yg akn bimbing korang ke jalan yg benar menghadapi liku2 masa buat Master nanti. Tp sebelum nk amik SV, anda kena tgk balik apakah metod kajian anda? Lab-based atau Survey.
Basically kalo lab-based, amatlah digalakkan utk memilih SV yg ada grant. Lab-based kebiasaanya memerlukan pembelian barang2 yang diperlukan untuk kajian atau materials & apparatus yg tidak disediakan di universiti.

Oleh itu, dana daripada grant tersebut akan digunakan untuk menampung kos2 tersebut. Utk survey, apa yang penting adalah fotostat helaian soalan kajian atau questionnaires, token kpd respondents, etc, but apa2 pon goes back to research yang dibuat. Jadi, kebiasaannya, projek masih lagi mampu dijalankan walaupun tidak mempunyai Grant. Settle set dg SV, then mereka akn guide sepanjang proses Master (Nak buat research proposal, etc).

Rujuk gambar rajah di bawah, iaitu Modul R&D (Master Part):

mprp 2

2. Preceptors PRP aka Co- SV
Perlu diingatkan, this is Master-PRP, so not only SV yg penting utk monitor anda utk Master, but preceptors merangkap co-SV utk PRP will playing the same important role (Note! Jgn tertukar term SV & PRECEPTOR).

Untuk latihan PRP di hospital, ahli farmasi di hospital yang akan bertindak sebagai preceptor untuk memantau logbook progression anda.
Hanya Ahli Farmasi yang berdaftar dengan LFM boleh dilantik sebagai preceptor. Mereka perlu mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya empat (4) tahun di komponen berkaitan (farmasi komuniti/ industri farmaseutikal/ hospital/ R&D). Wakil preseptor dari premis akan diminta menghadiri bengkel Training Of Trainers (TOT) anjuran BPF, KKM.

Gambar rajah di bawah berkenaan Modul R&D (PRP Part):

MPRP 1

3. Transcript

Once dpt transcript, dah bole tekan ‘gear’. First, isi borang permohonan lanjutan pengajian masters (Online or Manual—dpt kt Post-graduate Office). Dalam form tu ada memerlukan pengisian benda2 simple like personal details and research proposal (Oleh itu, penting kena ada SV dulu utk guide kita dptkn tajuk & buat proposal). Di IIUM, akan ada 3 kali kemasukan iaitu kemasukan pada bulan Sept, Feb dan June, boleh pilih nak enroll bila.
4. Bless No.

Bless No. sangatlah penting utk yg intend mmg nk practice PRP kat hospital and just aim Master sebagai bonus. Once dpt bless no., anda perlu buat surat rasmi and hantar ke Dean Kulliyyah, (Subject: To Apply PRP R&D in IIUM). Takde bless nom. tak boleh praktis kat hospital utk clinical ye!
5. Apply Scholar
Once kita dpt offer letter utk buat Master, then baru kita bole apply any scholarship like Mybrain, MARA, etc.
Kesimpulannya….

Done basic requirement yg diterangkan seperti di ats, jd bermulalah perjuangan kalian sebagai Master-PRP candidates yg penuh berliku & cabaran. Berikut adalah tips penting utk survive as graduan farmasi tatkala pengambilan PRP semakin kritikal:

Tips: Credit to Farmasi Sihat.com

 

Your Target Green Road Sign Over Dramatic Clouds and Sky.
Your Target Green Road Sign Over Dramatic Clouds and Sky

1) Segera adaptasikan diri.
Zaman anda tidak sama dengan senior anda. Mereka tidak sempat menganggur lama, nama sudah dipanggil untuk PRP. Zaman anda adalah zaman struggle & anda perlu pandai mengadaptasikan diri supaya tidak ketinggalan.
2) Jangan jadikan Klinikal sebagai focus utama.
Dengan pembayaran bonus pada penjawat awam adalah pd kadar ‘flat rate’ akhir2 ini ia sudah cukup memberikan ‘hint’ bahawa kegawatan ekonomi terus berlaku & sudah tentu keupayaan pengambilan PRP di hospital kerajaan akan terus terhad.
3) Be opportunist
Rebutlah segala peluang yang anda didepan mata anda. Adakah anda sedar bahawa saingan utama anda ketika ini adalah MASA. Semakin lambat anda bertindak maka semakin jauh anda ketinggalan.
4) Be a lone ranger
Jangan terikut ikut dengan kelompok kawan anda. Kawan dapat hospital maka anda berharap nasib anda serupa. Belajar bergerak sendirian & ia lebih mudah untuk anda bertindak pantas mengatur perjalanan hidup anda.
5) Buang ‘skeptical thinking’ tentang gaji yg kecil jika ditawarkan.
Ambil sahaja. Buktikan pada mereka anda bernilai lebih dari itu. Mungkin sambung study tidak ada gaji tetap & tinggi seperti buat PRP setahun di hospital, tp percayalah once anda tamat program ni, anda akn berdiri di padang yg sama rata seperti PRP yg mempunyai lessen, bahkan lebih sebab anda mempunyai Master sebagai bonus.

Dalam masa yg sama terus berusaha & berdoa supaya perjalanan hidup anda dipermudahkan. Semoga anda semua sentiasa berjaya dunia & akhirat… Wassalam.

5 tips terakhir ini diambil daripada Page fb Farmasi Sihat Hq. Tarikh post tersebut ialah 21 Jun 2016.

Boleh lihat di link ini:

https://mobile.facebook.com/farmasisihatsdnbhd/?_rdr

Screenshot_2016-08-06-05-40-20_com.android.chrome