Anak adalah anugerah Tuhan yang amat berharga. Anak juga merupakan satu amanah daripada Tuhan. Ibu bapa sentiasa menginginkan anak-anak mereka sihat dan bijak. Oleh sebab itu....

Adakah si kecil anda memerlukan vitamin atau makanan tambahan?

Anak adalah anugerah Tuhan yang amat berharga. Anak juga merupakan satu amanah daripada Tuhan. Ibu bapa sentiasa menginginkan anak-anak mereka sihat dan bijak. Oleh sebab itu, ramai juga ibu bapa yang tertanya-tanya bagaimanakah caranya dan perlukah anak-anak mereka diberikan makanan tambahan.

diet
Ibu bapa perlu prihatin terhadap pemakanan anak-anak

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan sedikit pencerahan mengenai keperluan vitamin atau makanan tambahan untuk cahaya mata anda.

Ketika bayi masih dalam kandungan, sumber vitamin yang diperolehi oleh si kecil adalah daripada ibu. Vitamin B dan C akan diserap masuk melalui plasenta manakala penyerapan vitamin A, D dan E pula akan berlaku pada peringkat akhir kehamilan. Selain itu, susu ibu juga merupakan sumber vitamin dan nutrisi yang sangat penting.

Menurut majoriti pakar-pakar pemakanan, kanak-kanak tidak memerlukan vitamin tambahan untuk tumbesaran yang sihat sama ada tumbesaran fizikal mahupun perkembangan minda(IQ).

Pemakanan yang seimbang yang mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, lemak dan mineral yang cukup adalah penting bagi keperluan tumbesaran kanak-kanak normal. Namun, tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya ibu bapa tetap ingin memberikan anak-anak mereka supplemen dan vitamin tambahan tersebut.

Berdasarkan rujukan pengambilan nutrisi bagi bayi yang berumur 6 bulan ke bawah, pengambilan susu ibu atau susu formula sudah mencukupi sebagai sumber vitamin dan nutrisi mereka. Kebanyakan ibu bapa menukar diet pemakanan anak-anak mereka daripada susu kepada makanan pepejal lembut setelah mencapai umur 4-6 bulan. Secara amnya, apabila meningkatnya usia kanak-kanak maka sumber vitamin dan mineral yang diperolehinya adalah daripada pemakanan dan diet.

images

Namun begitu, hal ini berbeza bagi bayi yang dilahirkan secara pramatang, tidak cukup berat badan, mengalami kesukaran untuk minum susu yang secukupnya, mempunyai penyakit kronik yang mengganggu pemakanan dan diet seimbang, dan sebagainya.

Selain itu, kanak-kanak yang mempunyai masalah selera makan atau pengamal diet ‘vegetarian’ yang tidak makan protein daripada sumber haiwan juga akan mengalami masalah kekurangan zat makanan. Bagi bayi atau kanak-kanak yang mengalami situasi seperti ini, ibu bapa perlulah segera mendapatkan nasihat para doktor dan pakar pemakanan.

diet 2

“Kanak-kanak mungkin kelihatan sihat dari segi fizikal tetapi tidak menerima komponen nutrisi yang secukupnya untuk tumbesaran” (Prof. Poh Bee Koon)

Suplemen atau vitamin tambahan yang terdapat di farmasi-farmasi dan klinik-klinik adalah selamat digunakan. Walau bagaimanapun, sesetengah supplemen atau vitamin seperti vitamin A, D, E dan K, jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan tosik kepada badan.

Secara saintifiknya, badan manusia hanya memerlukan kuantiti yang kecil bagi vitamin dan mineral. Melalui pemakanan yang seimbang dan berkhasiat, keperluan vitamin dan mineral dapat diberikan kepada anak-anak.

“You have the right to choose the best for your children”

download

Rujukan:

  • Caring for Your School-Age Child: Ages 5 to 12 (Copyright © 2004 American Academy of Pediatrics)
  • Leaf, A. A. (2007). Vitamins for babies and young children. Archives of disease in childhood92(2), 160-164.
  • http://drzubaidi.com/blog/vitamin-tambahan-untuk-bayi-dan-kanak-kanak/
Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *