baby-501336_960_720

RahsiaFarmasi.com Reborn!

Alhamdulillah, tercapai juga hasrat semua (admin dan juga pembaca setia sekalian) untuk melihat laman web ini kembali aktif. Kira-kira 6 tahun lalu, sekitar bulan Julai 2010, laman web ini telah dibina.

Bertujuan untuk berkongsi pengalaman admin sendiri tentang kerjaya seorang pegawai farmasi, kemudiannya menjadi rujukan kepada mereka yang ingin mengetahui maklumat lain berkaitan farmasi.

screenshot web

Menyambung semula laman web RahsiaFarmasi.com ini bukanlah perkara mudah. Setelah setahun beroperasi, admin sudah semakin sibuk. Sehinggalah, terlupa untuk memperharui pendaftaran nama domain dan hosting.

Akibatnya, ada pihak yang iri hati dengan tingginya trafik, mengambil kesempatan dengan membeli terlebih dahulu nama domain “RahsiaFarmasi.com” ini. Lantas, pihak ini melelong semula nama domain ini dengan harga yang lebih mahal.

Pada masa itu, admin berasa tiada keperluan lagi untuk membeli nama domain ini semula dengan harga tersebut. Jadi, dibiarkan sahaja. Lama juga dilelong, tanpa ada orang yang membelinya.

Mungkin, setelah beberapa tahun, pihak tersebut sudah berputus asa. Mereka tidak memperharui semula pembelian nama domain ini. Adalah tidak berbaloi untuk memperbaharui pendaftaran nama domain ini setiap tahun, tanpa ada orang yang mahu membelinya.

Mujur admin masih mengekalkan FB page untuk RahsiaFarmasi.com ini. Pembaca masih boleh berkomunikasi di sini, walaupun pada masa itu, website sudah tiada. Melalui medium inilah, admin sedar akan ramainya masyarakat yang masih dahagakan ilmu farmasi ini.

fb rahsiafarmasi

Jadi, setelah kira-kira 5 tahun berlalu, admin membeli semula nama domain ini. Atas faktor permintaan pembaca setia juga yang ingin melihat laman web ini kembali aktif.

Nah, terimalah RahsiaFarmasi.com, reborn!

InsyaAllah, penjenamaan semula RahsiaFarmasi.com akan merangkumi:

1. Lebih ramai penyumbang artikel yang terdiri daripada graduan-graduan ijazah sarjana muda farmasi dari universiti awam di Malaysia.

2. Isi artikel yang lebih menjurus kepada menyelesaikan kekeliruan masyarakat dalam maklumat berkaitan farmasi.

3. Membantu usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak lain, seperti FB pages “Pseudoscience Watch”, “Masyarakat Kena Tau (Ori)” dan “Medical Mythbuster Malaysia (M3)” dalam menyebarkan maklumat yang tepat berkaitan aspek kesihatan.

 

*****

Doakan kami semoga dapat terus istiqamah dengan usaha murni ini.

Facebook Comments

2 thoughts on “RahsiaFarmasi.com Reborn!”

  1. Thank you for any other magnificent post. Where else
    could anyone get that type of information in such a perfect method of writing?
    I’ve a presentation subsequent week, and I’m at the search for such info.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *