Semakan Ubat Berdaftar Kini di hujung Jari

“Produk xyz ini ada KKM atau tidak?”  Seringkali kita mendengar pertanyaan tersebut. Soalan seperti ini yang timbul dalam kalangan masyarakat kini menunjukkan bahawa ubat berdaftar adalah penting dan menjadi salah satu medium untuk memantapkan kepercayaan pengguna.

Semua ubat-ubatan di Malaysia perlu melalui proses pendaftaran dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak kira sama ada ubat itu ubat terkawal (controlled medicine), persediaan tradisional (traditional medicine) dan juga suplemen kesihatan (health supplement).  Begitu juga dengan produk kosmetik yang perlu melalui proses notifikasi.

Ubat berdaftar amat penting untuk menjamin keselamatan pengguna selain memastikan ubat yang dijual adalah ubat asli.

Hasil rampasan produk tidak berdaftar oleh Cawangan-Cawangan Penguatkuasa Farrmasi di seluruh negara menunjukkan peningkatan nilai rampasan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sepanjang tahun 2013, sejumlah 33,704 produk tidak berdaftar produk telah dirampas dengan nilai RM 43.22 juta berbanding rampasan tahun 2012 iaitu sebanyak 40,006 produk telah dirampas dengan nilai RM 23.72 juta. Nilai rampasan ini dijana melalui aktiviti penguatkuasaan iaitu operasi serbuan, pemeriksaan premis dan rampasan di pintu masuk negara.

Sumber: kpkesihatan.com

Terdapat dua ciri untuk memastikan ubat telah berdaftar :-

  1. Nombor pendaftaran – di hadapan nya tertulis (MAL untuk ubat berdaftar dan NOT untuk produk kosmetik yang telah dinotifikasi).
  2. Label Hologram Meditag – pada pembungkusan.
Sumber: kpkesihatan.com
Sumber: kpkesihatan.com

Seringkali juga kita lihat produk yang dijual secara atas talian atau “online” mendakwa bahawa produk mereka mendapat kelulusan KKM.  Adakah ini benar? Untuk mengetahui kesahihan pendaftaran ubat atau notifikasi produk kosmetik, kita sebagai pengguna boleh mengetahuinya hanya dengan melayari satu portal carian sahaja iaitu QUEST3.

searching

Langkah-langkah untuk mengesahkan ubat berdaftar dan kosmetik yang telah dinotifikasi.

  • Taip “Quest3 product search” di enjin carian atau klik  Quest3 .
Paparan di enjin carian
Paparan di enjin carian
QUEST3
QUEST3
  • Klik “search by“.  Anda akan diberi pilihan untuk mencari ubat yang telah berdaftar dengan KKM melalui beberapa cara.
Search by
Search by
  • Pilih “search by Product Registration No./Notification No.” dan seterusnya anda boleh mengisi nombor pendaftaran (contoh MAL15045072X) dalam kotak yang disediakan.
Menggunakan nombor pendaftaran untuk mencari produk.
Menggunakan nombor pendaftaran untuk mencari produk.
  • Dan…tunggu untuk jawapannya. Andai produk tersebut tersenarai dalam senarai KKM, paparan skrin anda akan kelihatan seperti ini (rujuk gambar).
Hasil carian.
Hasil carian.
  • Tetapi, cara yang sedikit berbeza untuk produk kosmetik. Anda perlu memilih/ klik “Cosmetic Products Only” di pilihan Product Type.  Kemudian anda boleh mengisi nombor notifikasi dalam kotak carian (rujuk gambar).
Isi nombor notifikasi.
Isi nombor notifikasi.
Hasil carian.
Hasil carian.

Produk yang saya nak cari tiada nombor, saya hanya tahu nama produk sahaja. Bagaimana saya boleh mengesahkan pendaftaran produk tersebut?

Jika anda mengalami situasi seperti di atas, jangan khuatir kerana anda boleh juga menggunakan pilihan “Search by” > “Product Name“.

  • Pastikan Product type anda yang betul.
  • Kemudian pilih search by Product Name.  Anda boleh mengisi nama produk yang ingin dicari (contoh iHand) dalam kotak yang disediakan (rujuk gambar).
Pencarian produk kosmetik menggunakan nama produk.
Pencarian produk kosmetik menggunakan nama produk.
Hasil carian.
Hasil carian.

***********************************************************

Produk yang dicari tiada? Jangan risau, jika hal sedemikian berlaku, anda boleh juga mencari produk tersebut di satu lagi portal carian iaitu Quest2.

Anda juga boleh layari laman web NPRA yang baru.

***********************************************************

Selamat mencuba!

Sumber rujukan:

Quest3

www.pharmacy.gov.my

kpkesihatan.com

Bukti daripada PubMed, tentang kesan buruk Ketum

Selasa lalu, Berita Harian ada melaporkan tentang cadangan RISDA untuk tanam ketum bagi pasaran eksport. Boleh tengok lagi detail laporan berita kat sini.

Risda dan Ketum

Kemudian, tersebar pula dalam beberapa whatsapp group, tentang khasiat daun ketum. Boleh tengok maklumat lanjut macam di bawah ni: 2PhotoGrid_1469637035802 4PhotoGrid_1469637138873

Kalau google “khasiat daun ketum” pun, banyak result yang keluar.

Kebanyakannya daripada blog personal.

Nak katanya, memang dah tersebar luas lah, pasal khasiat Ketum ni. Tapi blog personal tak boleh jadi sumber rujukan untuk buat polisi. Kita tak tau betul ke apa yang ditulis dalam blog tu. Takde bukti saintifik.

Jadi, RahsiaFarmasi.com mengambil inisiatif ini untuk mengumpulkan rujukan yang dipercayai dan benar. Sumber laman web utama ialah PubMed, yang mengindeks artikel journal berkaitan kesihatan dan perubatan.

Pubmed 1

Daripada artikel atas ni, yang bertajuk “The pharmacology and toxicology of kratom: from traditional herb to drug of abuse,” kesimpulan yang boleh diambil daripada abstrak tersebut ialah:

“The growing concern of the abuse potential of kratom requires careful evaluation of its benefits and potential toxicities.”

******************************************

Jadi, kata kunci di sini ialah memerlukan lebih banyak evaluasi tentang manfaat dan kesan toksik yang berpotensi.

Tak dinafikan ketum mungkin mempunyai manfaat.

Namun, sama seperti ubat hospital yang lain, terdapat kesan sampingan yang tidak dikehandaki.

Kesan sampingan ni mungkin tak sama antara individu.

Bagi ubat hospital, ada rekod pesakit yang doktor boleh monitor, untuk tengok kesan sampingan ni.

Tapi, kalau kita ambil sendiri daun ketum ni, siapa nak monitor kesan sampingannya?

Macam mana nak bagi rawatan, kalau terlebih dos?

************************************************

Dalam satu kajian kualitatif yang terbaru seperti di bawah ini, kesimpulan daripada abstrak menunjukkan pengguna ketum juga mengalami kesan yang negatif.

(Negative response themes also emerged, indicating potential problems and unfavorable “side” effects, especially stomach upset and vomiting.)

Pubmed 2

Dalam satu kajian terbaru, journal Drug & Alcohol Dependence melaporkan pengguna Ketum adalah dikaitkan dengan ketagihan dadah. Simptom ini akan menjadi lebih teruk dalam masa penggunaan yang lama. Cadangannya, kawalan yang lebih ketat perlu dilaksanakan.

(The findings from this study show that regular Kratom use is associated with drug dependency, development of withdrawal symptoms, and craving. These symptoms become more severe with prolonged use and suggest a stronger control of the drug.)

Ketum 4

Akhir sekali, suka untuk RahsiaFarmasi.com kongsikan, 1 full text article yang open access (free to be downloaded), berkaitan potensi ketum untuk disalahgunakan dengan perhatian yang lebih diberikan kepada aspek toksik, potensi ketagihan dan sindrom withdrawal.

“Physicians in the United States should be aware of the growing availability and abuse of kratom and the herb’s potential adverse health effects, with particular attention to kratom’s toxicity, addictive potential, and associated withdrawal syndrome”

Sesiapa yang berminat nak baca artikel penuh dengan lebih lanjut boleh download di sini.

Full text kratom 3

Kesimpulannya, ini baru search sikit kat PubMed, satu laman web yang boleh dipercayai dalam aspek kesihatan. Doktor di hospital pun guna ni nak rujuk maklumat berkaitan pesakit mereka.

Hasil daripada carian yang terbatas ni, dah tunjukkan tentang kesan negatif ketum.

Kalau nak buat literature search yang lebih detail, macam Systematic Review, kami rasa, lebih banyak bukti yang akan menunjukkan kesan negatif ketum ni.

Jadi, kepada pengguna di luar sana, untuk keselamatan diri sendiri, cuba sedaya upaya untuk mengelakkan penggunaan daun ketum ini dalam kehidupan seharian.

 

Ringkasan untuk Pemvaksinan Difteria

Sumber gambar: http://www.sinarharian.com.my/nasional/difteria-pastikan-anak-dapat-imunisasi-1.535347
Sumber gambar: http://www.sinarharian.com.my/nasional/difteria-pastikan-anak-dapat-imunisasi-1.535347

Malaysia telah digembar-gemburkan dengan isu kemunculan semula penyakit difteria akibat peningkatan pergerakan antivaksin yang telah mengakibatkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun di Melaka dan seorang kanak-kanak lelaki 2 tahun di Kedah Jun lalu. Kedua-duanya dilaporkan tidak menerima vaksin yang selengkapnya bagi menentang penularan Difteria.

Berikutan isu ini, RahsiaFarmasi.com mengambil inisiatif untuk meringkaskan maklumat yang ada, berkaitan difteria.

Apakah itu Difteria?

Difteria adalah penyakit respirasi yang disebabkan oleh bakteria yang mengakibatkan salutan yang tebal (nanah) pada belakang tekak.

Apakah gejala-gejala Difteria?

1.Lemah badan

2.Sakit tekak

3.Demam yang ringan dan sederhana

4.Bengkak leher

Difteria boleh hadir dengan gejala di atas yang sangat tidak khusus pada peringkat awalnya dan boleh dianggap sebagai jangkitan kuman tekak yang biasa sekiranya tidak dipandang serius.Namun,jika komplikasi berlaku  boleh membawa kepada masalah pernafasan,lumpuh,jantung lemah bahkan kematian!

beza-tonsil-dan-difteria

Bagaimana ia boleh merebak?

Difteria boleh berjangkit di antara manusia melalui batuk dan selesema.

Apakah cara terbaik untuk mencegah Difteria?

Semua orang memerlukan perlindungan daripada difteria. Terdapat ribuan kes difteria di seluruh dunia setiap tahun. Difteria sangat biasa dalam kalangan kanak-kanak, remaja dan juga dewasa. Cara terbaik untuk mencegah difteria adalah dengan VAKSIN!

Di Amerika, puratanya lebih dari 175000 kes difteria sebelum vaksin diperkenalkan. Sejak vaksin diperkenalkan,kes difteria menurun sebanyak 99.9%.

Pemvaksinan di Malaysia telah dijadualkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia demi menjaga keselamatan penduduk Malaysia. Jadual pemvaksinan disediakan sebagai panduan yang perlu dipatuhi oleh ibu bapa dan doktor untuk mengelakkan penyakit yang lebih teruk berlaku.

Difteria-Penyakit berjangkit yang berbahaya
Keratan akhbar Utusan Malaysia 30 June 2016

Tiada kajian yang diakui tentang kesan vaksin yang boleh menyebabkan penyakit kronik atau autism. Malaysia memiliki program vaksin yang diwajibkan untuk kanak-kanak di bawah umur 15 tahun di sekolah-sekolah awam.

Bagaimanakah jadual imunisasi difteria di Malaysia?

Imunisasi vaksin di Malaysia selalunya diberikan serentak dengan imunisasi penyakit polio dan tetanus yang diberikan pada bayi berusia 2 bulan,3 bulan dan 5 bulan (keseluruhan 3 dos) dan mendapat dos booster pada usia 18 bulan dan 7 tahun.

Bagaimana vaksin bertindak?

Vaksin bertindak dengan memasukkan bakteria yang sudah lemah yang dipanggil sebagai antigen.Di dalam sebahagian vaksin antibodi iaitu produk yang dihasilkan oleh sistem imuniti tubuh membantu menyerang antigen tadi.Vaksin membenarkan tubuh untuk menghasilkan antibodi menentang antigen atau jangkitan tertentu.Sekiranya penyakit sebenar menyerang tubuh, antibodi yang terhasil tadi boleh memusnahkan bakteria tersebut.

Sebahagian daripada masyarakat Islam di Malaysia menentang pemvaksinan anak anak mereka kerana takut vaksin tersebut mengandungi DNA khinzir yang haram disisi agama.Mufti Kelantan,Datuk Mohamad Shukri Mohamad dalam kenyataannya di akhbar Bernama pada bulan Jun lalu mengatakan bahawa vaksin adalah dibenarkan dalam Islam walaupun mungkin mengandungi bahan haram terbabit bagi menjaga kemaslahatan manusia.Mufti Pelis,Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga mengatakan bahawa orang Islam yang menolak pemvaksinan anak-anak adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang menitikberatkan soal nyawa manusia.

Sumber gambar: http://www.imgrum.net/tag/difteria
Sumber gambar: http://www.imgrum.net/tag/difteria

Kesimpulannya, ibu bapa adalah disarankan untuk membawa anak-anak mereka untuk disuntik vaksin seperti yang telah dijadualkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengelakkan penularan penyakit Difteria di Malaysia sekaligus menjadikan penyakit Difteria sebagai satu sejarah yang tidak berulang kembali.

Rujukan:

CDC

The Malay Mail Online

world.com.my

Sumber gambar: http://www.imgrum.net/media/1286745927360877055_1599223953
Sumber gambar: http://www.imgrum.net/media/1286745927360877055_1599223953

Survival tips untuk graduan farmasi: Home Tutor

Bidang farmasi dikira satu bidang kritikal. Malaysia masih memerlukan ramai pegawai farmasi untuk menampung pesakit yang semakin ramai juga.

Namun, perjawatan yang kosong untuk Pegawai Farmasi Provisional (Provisionally Registered Pharmacist, PRP) sudah semakin kurang.

Perkara ini memberi kesan yang besar kepada graduan ijazah sarjana muda farmasi. Mereka perlu melalui latihan setahun PRP, sebelum dapat menjadi Fully Registered Pharmacist (FRP), bagi membolehkan permohonan lesen farmasi komuniti.

Dengan adanya lesen ini, barulah mereka dibolehkan untuk bekerja di syarikat swasta seperti Guardian, Watson, Caring Pharmacy dan lain-lain lagi.

hypertension-867855_960_720

Baru-baru ini, temuduga SPA yang dijalankan kepada graduan farmasi ini menghasilkan satu perbezaan besar berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Jika dulu, semua graduan ijazah sarjana muda farmasi akan diterima secara automatik untuk bekerja di hospital-hospital kerajaan sebagai PRP.

Namun, pada temuduga SPA yang lepas hanya lebih kurang 200 orang sahaja yang berjaya dalam temuduga itu, daripada jumlah besar 800 orang yang hadir.

Bagi yang tidak berjaya, perlu menunggu giliran yang seterusnya. Mereka juga dibolehkan menjalani PRP di premis swasta yang telah berdaftar.

Namun, bukan semudah itu. Ada premis swasta yang berdaftar sebagai tempat rasmi latihan PRP, tetapi hakikatnya tidak bersedia untuk menerima PRP. Mereka seolah-olah terkejut dengan jumlah permohonan PRP yang banyak secara tiba-tiba. Akhirnya, graduan malang ini menganggur sahaja.

Selain itu, ada juga graduan yang bertindak bijak dengan mengambil pilihan lain.

Antaranya:

  1. Sambung master di universiti yang berdaftar sebagai tempat rasmi latihan PRP. Syarat kemasukan juga agak ketat dengan keperluan CGPA yang telah ditetapkan.
  2. Bekerja di syarikat farmasi swasta sebagai pekerja lain, selain daripada ahli farmasi. Hal ini kerana tanpa kelayakan PRP, pendaftaran penuh ahli farmasi tidak dapat dilakukan.
  3. Kerja sambilan lain seperti bekerja di kedai selain farmasi dan berniaga sendiri. Tak kurang juga yang menjadi Home Tutor di sekitar tempat tinggal mereka.

Pada kali ini, RahsiaFarmasi.com ingin berkongsi beberapa tips untuk menjadi Home Tutor bagi graduan farmasi khususnya. Bagi graduan bidang lain, tips ini mungkin perlu disesuaikan dengan kemahiran mereka.

Home tuition sudah menjadi pilihan ibu bapa pada zaman sekarang. Mereka lebih suka memanggil personal tutor ke rumah mereka. Pengajaran secara bersemuka dengan anak mereka lebih kelihatan berkesan.

welcome-to-our-home-1205888_960_720

Graduan boleh mencuba menjadi Home Tutor kepada syarikat yang sudah terkenal dahulu. Modus operandinya, syarikat home tuition itu akan mengiklankan pencarian home tutor di media sosial. Biasanya mereka memerlukan Home Tutor yang ramai, kerana permintaan yang tinggi daripada ibu bapa. Masyarakat sekitar sudah mula percaya dengan syarikat yang terkenal ini.

Biasanya, online form akan dibuat oleh syarikat tersebut. Graduan boleh mengisi online form ini, yang terkandung subjek pilihan untuk mengajar.

Bidang farmasi memerlukan hafalan yang tinggi. Jadi, subjek akademik sekolah yang sesuai dengan pengalaman belajar di universiti ialah subjek biologi, sejarah dan sains.

Ini hanya cadangan.

Bagi mereka yang yakin, boleh juga mengajar fizik, kimia dan matematik tambahan.

Subjek peperiksaan besar adalah pilihan utama ibu bapa. Namun, ada juga permintaan untuk yang bukan peperiksaan besar seperti tingkatan 2 dan 4. Mereka ingin anak mereka bersedia daripada awal. Jadi, Home Tutor yang dah ditugaskan kepada seseorang pelajar tersebut, akan mengajarnya sepanjang tahun tersebut, sehinggalah tiba waktu peperiksaan itu.

Kadang-kadang ada juga permintaan Home Tutor untuk mengajar Al-Quran dan Fardhu Ain. Ini satu peluang besar untuk mendapat duit dan meraih pahala membuat amal kebajikan.

kid-1077793_960_720

Biasanya, dalam online form itu juga akan ada kawasan pengajaran yang kita mahukan. Graduan boleh meletakkan tempat sekitar tempat tinggal mereka yang boleh dicapai dengan kemampuan sendiri.

Setelah lengkap borang itu diisi, pihak syarikat home tution akan mengadakan temuduga untuk mengetahui kemampuan calon home tutor tersebut.

Mock teaching biasanya akan dilakukan. Pada masa ini, calon perlu menunjukkan cara mengajar yang akan dilakukan.

Graduan farmasi amat sesuai dengan cara ini, kerana sudah banyak presentation dan group work yang telah dilaksanakan, sepanjang 4 tahun belajar di universiti.

Antara contoh syarikat yang membuat iklan kekosongan home tuition ini adalah seperti berikut:

  1. Zetta Tuition – Home Tuition Home Quran Mengaji

 

Terima kasih kerana berminat untuk menjadi sebahagian daripada Zetta Tuition.

Untuk mendaftar sebagai tutor di Zetta Tuition, anda perlu ke link yang diberikan untuk pendaftaran.

https://docs.google.com/forms/d/1bAqiI1crl-pLxQr74s2lkS-zn7mZCd-jbVWeA_tONi0/viewform?chromeless=1&edit_requested=true

Semua calon perlu menghadiri temuduga terlebih dahulu dan calon yang layak sahaja akan diserap menjadi tutor Zetta Tuition.

Syarat utama:

*berumur 20 tahun ke atas.

*mempunyai kenderaan sendiri.

*boleh mengajar subjek akademik/mengaji

*komited & berdisiplin.

Apa yang akan anda dapat sekiranya menjadi tutor Zetta Tuition?

~ Sharing ilmu yang bermanfaat.

~Bonus sekiranya kehadiran mengajar penuh mengikut jadual ditetapkan.

~ Latihan program dan khidmat nasihat secara PERCUMA

~ Pendapatan sehingga RM2000 (bergantung kepada kerajinan & komitmen tutor)

Di bawah merupakan contoh cara pengiraan pendapatan bulanan :

Sehari 2 jam tuisyen, seminggu bekerja 5 hari sahaja.

Anda boleh dibayar minimum RM23 per jam atau mungkin lebih lagi, bagi khidmat tuisyen anda.

Jadi sebulan,

2 jam x 5 hari × 4 minggu x RM23 = RM920

Hanya peruntukkan 2 jam sehari, pendapatan bulanan anda mencecah RM920

Cuba bayangkan sekiranya anda dibayar lebih dan anda bekerja lebih masa sehingga 15 jam seminggu atau lebih! Wow!

JOM BERTINDAK ! DAFTAR SEKARANG!

Jangan lupa untuk LIKE FB PAGE kami : ZETTA TUITION untuk maklumat/pengumuman terkini.

Terima kasih.

 

 

2. ND Brilliant Home Tuition

HOME TUTOR KOMITED DIPERLUKAN SEGERA!!!

🎯Berminat nak jadi tutor sambilan atau sepenuh masa? 🎯Ada ‘passion’ dalam mengajar tapi tak dapat jadi cikgu atau pensyarah??🎯Atau berminat juga nak buat  SIDE INCOME RM 800 ke RM3000 sebulan??

.

.

“Tahniah CikPuan Azlin Dzulkifly yang merupakan pegawai bank di sebuah bank terkemuka sebelum ini.Sekarang full time mengajar. 2 kelas setiap hari. RM4000 sebulan.Syukur..“

~CoachMohdNoor.com

“ Saya fresh graduate dan memang MINAT mengajar.SUKA JADI HOME TUTOR sebab masa mengajar fleksibel.Baru 2 bulan saya sebagai Tutor ND Brilliant, elaun saya dah capai RM3500 sebulan.Alhamdulillah..”

~ Ariff, Tutor ND Brilliant.

.

.

📝Boleh mengajar subjek UPSR/PT3/SPM~ Bahasa Melayu, English, B. Arab, Matematik, Sains, Kimia, Fizik, Biologi, Prinsip Akaun, Sejarah, Geografi, Ekonomi, Perdagangan, Matematik Tambahan, Al-Quran & Iqra dan lain – lain di rumah pelajar?

 

🏡🏡Kawasan : SEKITAR KL & SELANGOR

 

Tutor- tutor terkini kami mengajar di:

Kuala Lumpur, Bangsar, TTDI, Petaling Jaya, Subang Jaya, Damansara, Shah Alam,Setia Alam, Puchong, Cheras, Kajang, Bangi, Seri Kembangan, Ampang, Gombak,Selayang, Rawang, Sg. Buluh, Putrajaya

.

.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

BERMINAT MENJADI WARGA ND BRILLIANT???

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

 

1) ‘LIKE’ & komen ‘TUTOR ND BRILLIANT’

2) Whatsapp/SMS: <HT><Nama><Kawasan> <Subjek> ke

👇👇👇

📞En Ariff – 016 4177067

📞Cik Lynn – 012 2226842

 

3) ATAU PM di inbox ND Brilliant Home Tuition

👇👇👇

http://bit.ly/28Nuy0R

.

.

=========================

SYARAT- SYARAT TUTOR

=========================

✔ mempunyai kenderaan sendiri dan bersedia untuk mengajar di rumah pelajar.

✔ Komited dan menepati masa

✔ Dapat memberikan komitmen sekurang-kurangnya setahun

✔ Boleh mengajar di sekitar KL/Selangor

✔ Berkeyakinan, mesra pelajar, boleh membimbing dan memberi motivasi kepada pelajar

✔ Tiada pengalaman juga dialukan dan yang mempunyai pengalaman adalah satu kelebihan.

.

.

=========================

KEISTIMEWAAN TUTOR KAMI:

=========================

✔ Masa yang fleksibel

✔ Latihan,program & khidmat nasihat disediakan

✔ Elaun per Jam & Performance Bonus  yang menarik

✔ Elaun buku disediakan

✔ Elaun Pengangkutan/T&Go disediakan (tertakluk pada syarat2)

.

.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

SERIUS KE BERMINAT??

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

 

1) ‘LIKE’ & komen ‘TUTOR ND BRILLIANT’

2)Whatsapp/SMS: <HT><Nama><Kawasan> <Subjek> ke:

👇👇👇

📞En Ariff – 016 4177067

📞Cik Lynn – 012 2226842

 

3) ATAU PM di inbox ND Brilliant Home Tuition

👇👇👇

http://bit.ly/28Nuy0R

.

.

Terima Kasih

‘’Helping You Reach The Future.’’

 

#NDBrilliantHomeTuition

#TutorNDBrilliant

#hometutor

Pilihan terkakhir, mungkin ada graduan yang berasa yakin dengan diri sendiri, dan tak mahu bekerja di bawah orang. Bolehlah mengiklankan diri sendiri seperti contoh di bawah ini:

Sumber gamber: https://www.facebook.com/search/top/?q=adib%20home%20tutor
Sumber gambar: https://www.facebook.com/search/top/?q=adib%20home%20tutor

Adakah produk kesihatan tradisonal dan alternatif bebas daripada bahan kimia sepenuhnya?

Pengenalan

Zaman sudah berubah sekarang. Masyarakat umumnya lebih prihatin dalam penjagaan kesihatan diri. Masing-masing berusaha untuk mendapatkan maklumat tentang cara perawatan yang berkesan untuk penyakit mereka.

Seiring dengan ledakan teknologi maklumat. Telefon mudah alih dengan sambungan internet boleh diakses di mana-mana sahaja untuk menjawab persoalan mereka.

Namun, tidak semua maklumat di internet boleh dipercayai. Ada pihak-pihak yang mengambil kesempatan dengan masyarakat yang terdesak untuk mendapatkan rawatan ini.

Lantas, muncul pelbagai produk kesihatan alternatif, kononnya tidak mempunyai bahan kimia yang boleh memudaratkan badan.

Perlu kita ingat, apa sahaja makanan atau minuman yang masuk ke dalam badan kita, akhirnya akan dibuang melalui sistem perkumuhan, iaitu salah satunya melalui air kencing.

Buah pinggang memainkan peranan yang penting untuk menapis bahan-bahan ini, sebelum keluar dari badan.

Sumber gambar: cikguraimi.blogspot.my
Sumber gambar: cikguraimi.blogspot.my

Jadi, walaupun produk kesihatan tersebut dikatakan hanya mempunyai herba dan bahan semulajadi, buah pinggang perlu bekerja keras untuk menapis bahan-bahan ini.

Lebih-lebih lagi, terdapat banyak produk kesihatan tradisional dan alternatif yang dicampurpalsu dengan bahan ubatan yang biasa dijumpai di hospital. Oleh itu, kami daripada RahsiaFarmasi.com rasa terpanggil untuk berkongsi maklumat yang penting ini.

Bahan larangan yang dikesan.

Secara umumnya bahan larangan yang biasa dikesan dalam produk tradisional seperti maajun atau jamu tidak berdaftar adalah bahan aktif bagi ubat-ubat terkawal yang hanya boleh dibekalkan oleh pengamal perubatan berdaftar atau oleh ahli farmasi sahaja.

Antara bahan larangan yang telah dikesan dalam produk tradisional adalah :

  • Ubat tahan sakit seperti phenylbutazone, ibuprofen dan diclofenac
  • Steroid seperti dexamethasone dan prednisolone
  • Ubat rawatan kencing manis seperti metformin dan glibenclamide.

diabetes-1326964_960_720

Bahan-bahan larangan ini adalah bergantung kepada tuntutan perubatan yang diisytiharkan pada produk tersebut.

Antara tuntutan yang lazim bagi produk tradisional adalah untuk rawatan sakit tulang, sendi, menambahkan tenaga, meningkatkan selera makan dan lain-lain lagi.

Kesan Sampingan

Pengguna yang mengambil produk tradisional yang dicampur racun terdedah kepada risiko kesan sampingan kerana kuantiti yang dimasukkan ke dalamnya adalah tidak konsisten dan boleh menjadi terlalu tinggi ataupun rendah.

Ini kerana produk tersebut tidak dikilangkan di premis mengikut piawaian Amalan Pengilangan Baik (GMP). Pada awalnya pengguna akan merasakan produk tersebut berkesan dan memberikan kesan yang diingini, namun akhirnya pengguna akan mengalami kesan buruk pengambilan produk tersebut.

Kesan sampingan yang dialami mungkin berbeza antara seorang pengguna dengan seorang pengguna yang lain bergantung kepada faktor-faktor seperti taraf kesihatan, gaya hidup, pemakanan dan sebagainya.

Tempoh masa untuk pengguna tersebut menunjukkan kesan sampingan dan tahap keseriusannya juga berbeza.

Antara bahan larangan pada produk tradisional dan kesan sampingan yang diakibatkan olehnya adalah seperti berikut :

  • Steroid – penambahan selera makan yang luar biasa, sembab, melambatkan penyembuhan luka, meningkatkan tekanan darah, dan kerosakan buah pinggang
  • Phenylbutazone – pendarahan dalam perut, kesn melecur pada kulit, penglihatan kabur dan kerosakan buah pinggang
  • Ubat Anti- Inflamatori Bukan Steroid (NSAIDS) – gastrik, pendarahan dalam perut dan kerosakan buah pinggang
Sumber gambar: http://kidneysdisease.com/kidney-disease/
Sumber gambar: http://kidneysdisease.com/kidney-disease/

Tindakan yang perlu diambil oleh pengguna

Pengguna yang mengalami kesan sampingan seperti di atas ataupun mengalami kesan segera apabila menggunakan produk maajun atau jamu tradisional dinasihatkan supaya berhenti daripada menggunakan produk tersebut.

Dapatkan nasihat dan rawatan daripada pengamal perubatan berdaftar.

Sila bawa bersama produk yang diambil untuk memudahkan pengesanan.

Pengguna juga boleh melaporkan sebarang salahlaku berhubung penjualan produk tidak berdaftar kepada pejabat Cawangan Penguatkuasa Farmasi di negeri masing samada dengan datang sendiri, melalui surat, atau melalui  telefon ke  Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM.

Semua maklumat yang diterima adalah rahsia dan tidak akan disebarkan kepada pihak lain.

Sumber: KnowYourMedicine

RahsiaFarmasi.com Reborn!

Alhamdulillah, tercapai juga hasrat semua (admin dan juga pembaca setia sekalian) untuk melihat laman web ini kembali aktif. Kira-kira 6 tahun lalu, sekitar bulan Julai 2010, laman web ini telah dibina.

Bertujuan untuk berkongsi pengalaman admin sendiri tentang kerjaya seorang pegawai farmasi, kemudiannya menjadi rujukan kepada mereka yang ingin mengetahui maklumat lain berkaitan farmasi.

screenshot web

Menyambung semula laman web RahsiaFarmasi.com ini bukanlah perkara mudah. Setelah setahun beroperasi, admin sudah semakin sibuk. Sehinggalah, terlupa untuk memperharui pendaftaran nama domain dan hosting.

Akibatnya, ada pihak yang iri hati dengan tingginya trafik, mengambil kesempatan dengan membeli terlebih dahulu nama domain “RahsiaFarmasi.com” ini. Lantas, pihak ini melelong semula nama domain ini dengan harga yang lebih mahal.

Pada masa itu, admin berasa tiada keperluan lagi untuk membeli nama domain ini semula dengan harga tersebut. Jadi, dibiarkan sahaja. Lama juga dilelong, tanpa ada orang yang membelinya.

Mungkin, setelah beberapa tahun, pihak tersebut sudah berputus asa. Mereka tidak memperharui semula pembelian nama domain ini. Adalah tidak berbaloi untuk memperbaharui pendaftaran nama domain ini setiap tahun, tanpa ada orang yang mahu membelinya.

Mujur admin masih mengekalkan FB page untuk RahsiaFarmasi.com ini. Pembaca masih boleh berkomunikasi di sini, walaupun pada masa itu, website sudah tiada. Melalui medium inilah, admin sedar akan ramainya masyarakat yang masih dahagakan ilmu farmasi ini.

fb rahsiafarmasi

Jadi, setelah kira-kira 5 tahun berlalu, admin membeli semula nama domain ini. Atas faktor permintaan pembaca setia juga yang ingin melihat laman web ini kembali aktif.

Nah, terimalah RahsiaFarmasi.com, reborn!

InsyaAllah, penjenamaan semula RahsiaFarmasi.com akan merangkumi:

1. Lebih ramai penyumbang artikel yang terdiri daripada graduan-graduan ijazah sarjana muda farmasi dari universiti awam di Malaysia.

2. Isi artikel yang lebih menjurus kepada menyelesaikan kekeliruan masyarakat dalam maklumat berkaitan farmasi.

3. Membantu usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak lain, seperti FB pages “Pseudoscience Watch”, “Masyarakat Kena Tau (Ori)” dan “Medical Mythbuster Malaysia (M3)” dalam menyebarkan maklumat yang tepat berkaitan aspek kesihatan.

 

*****

Doakan kami semoga dapat terus istiqamah dengan usaha murni ini.